OOO

Rabu, Disember 24, 2008

Majlis Pertunangan

Hari Ahad lepas..akak sekeluarga pergi ke Bahau, Negeri Sembilan kerna hantar anak buah bertunang di situ. Kalau nak di ikutkan penat..memang malas nak pergi ke sini.....yelah semalam baru sampai dari Kelang nak dekat pukul 12.00 malam......tapi kecian pulak pasal kakak ipar dari johor bharu ni tak bawak jiran dari sana cuma anak lelaki dia dengan 3 orang member, suami dan adik suami dia... dan se orang anak perempuan yang sedang mengandung dan dua orang cucu. Sebetulnya majlis ni akan di adakan pada minggu hadapan 29hb. Disember 2008..tapi mak tunang dia tak setuju..... pasal nak masuk bulan muharam...tak tahulah kenapa...mungkin ada petua dari orang-orang tua kot......kakak ipar kat Kelang tak dapat pergi...yelah...baru habis kenduri..jadi tentu rumah bersepah dan mil, bil dan sil masih ada kat rumah dia.

Akak bertolak dari rumah lebihkurang pukul 8.00 pagi...janji dengan adik ipar di nilai nak pergi sama-sama. Sampai kat nilai...isteri dia belum siap lagi..kena tunggulah pulak...bil tu bawak jalan nak ke bahau ikut jalan potong...nilai, mantin, lenggeng, simpang pertang, kuala klawang...ya allah ..jalan dari lenggeng ke simpang pertang tu....naik bukit...turun bukit...pastu macam ular di palu......semua dah mula mabuk...si ira pulak dah nak muntah..suruh suami bukak tingkap.....barulah okey sikit....sampai ke rumah adik ipar di felda serting dalam pukul 11.30 pagi. Semua barang hantaran dah siap...cuma nak bubuh bunga kat sirih junjung.

Sempat bergurau adik beradik pasal boring menunggu.
anak lelaki akak ni perangai macam kanak-kanak riang.....
Anak dara akak...........

Ira pun nak posing jugak............agaknya memang stail anak muda sekarang ni posing macam ni ke?

Setelah sembahyang zohor....lebih kurang pukul 2.00 petang rombongan kami bertolak ke rumah perempuan di felda lui ..nasib baik perjalanan tak jauh..ambil masa dalam 15 minit aje. Lama jugak kena tunggu kat rumah orang perempuan ni kerna nak tunggu imam datang. Setelah imam sampai...majlis pun di mulakan. Hantaran RM10,00.00 dan insyallah majis perkawinan akan berlangsung pada bulan Julai 2009.

Selepas tu majlis menyarungkan cincinlah pulak...kotak kat bawah tu cincin risik..kotak yang tergantung tu pulak cincin tunang...tema meroon...
Sessi bergambar...lepas tu kami semua di jemput makan.
Bapa mertua dan menantu sulung...bapa anak buah yang bertunang di panggil dek anak-anak pak long. Memang banyak betul makanan yang di sediakan...sampai rombongan kami duduk nak dekat 1 jam lebih....yelah makan sambil berborak...ada pecal, ikan keli, ikan talapia, gulai umbut kelapa (favourite akak), masak lemak pisang dan udang, ayam masak merah dan ayam masak kicap.

Bila dah habis makan..upacara salamlah pulak....tengah nak bersalam dengan suami akak.

Russhdi dan anak buah yang bertunang...nama dia ibrahim....kenal dengan tunang dia masa belajar kat politeknik..

Macam biasalah..lepas makan sessi bergambar...
Waktu nak balik...akak nak ambil gambar anak akak..tiba-tiba...
ramai pulak yang nak bergambar sama..ramai jugak ye....belum lagi semua berkumpul..baru setengah aje...almaklumlah adik beradik suami akak 12 orang..
Kanak-kanak keremun kat hantaran yang ni...coklat...kami lepak kat rumah ni sampai pukul 5.30 petang dan bertolak balik ikut jalan tadi..nasib baik ira yang kuat mabuk tu tidur...sampai kat pajam kami ikut jalan lekas..yelah nak lekas sampai.....lagi pun takut jalan kat lebuhraya plus jem pulak nanti...
Oleh sebab sampai balik ke kl dah nak dekat pukul 9.00 malam...perut dah lapar balik..pastu badan dah penat...malaslah nak masak kat rumah...akak suruh suami cari tempat makan.....mula-mula nak makan mc donald di setapak..tapi bila tenguk orang ramai...tak jadi..
Akak cadangkan makan aje kat kedai makan yang ada kat rumah akak..walaupun dekat..akak tak pernah lagi makan kat sini....orang kata sedap dan murah...
Suami akak gelak tenguk perangai anak-anak dia...
Suap menyuap pulak di antara mereka.
Entahlah...macam-macam perangai anak-anak ni..tapi seronok bila semua dapat berkumpul semula...dulu susah nak dapat jumpa semua sekali...masing-masing ada hal....
Imran suap sendiri...makan nasi goreng 6 pinggan termasuk tom yam.....1 air batu campur...air 6...tak sampai RM40.00...pastu sedap pulak tu..patutlah orang ramai makan kat situ..

1 ulasan:

  1. wah acik ina.. berjalan sakan.. pastu balik g makan luar lagi, spent time dengan family ni mmg best.. priceless!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...