OOO

Rabu, Disember 24, 2008

Puding Roti

Gi kat rumah azita (rossitamz)..tenguk ada resepi puding roti....tenguk gambar macam sedap aje...kebetulan semua bahan-bahan ada kat rumah...akak suruh yana buat...buat sosnya sekali...memang sedap....sekejap aje selesai...........resepi asal dari beancurd @ My Resepi. Oleh sebab malas nak taip..akak c & p ajelah...edit sikit-sikit.......jangan marah ye tuan punya resepi dan ita..

Bahan-bahan

1. 6 keping roti
2. 30 gm mentega - dicairkan
3. 80 gm kismis-akak tukar ke almond nibs..anak-anak tak suka kismis
4. 4 biji telur - dipukul
5. 475 ml susu segar
6. 150 gm gula halus
7. 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Carik-carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yang bersesuaian.
  2. Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu taburkan kismis ke atasnya.
  3. Di dalam mixing bowl pukul rata telur , susu segar, gula dan esen vanila. Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yang berisi roti tadi.
  4. Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit.
Nota : Sedap dimakan sekiranya diletakkan di dalam peti ais terlebih dahulu setelah masak.

Sos/Kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 2 sudu makan gula
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  2. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
  3. Akak masukkan sos ni dalam peti sejuk dulu...barulah makan...
Aduh...sedapnya setelah di tuang sos kastad.......

2 ulasan:

  1. kak ina pun dah buat gak? sedap kan? saya punya dah abis. nak kak ina punye sikit....! hehehe

    BalasPadam
  2. kakchik suka sangat puding ni, jadi terliur tgk yang kak ina punya.
    selalu buat boh kismis walhal kakchik sendiri bukan suka sangat, lain kalai nak try oh kacang jugak la. kak ina kata sedap, insya-Allah kakchik buat pun boleh jadi sedapkan?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...