OOO

Jumaat, Disember 26, 2008

Pisang Bakar Bercoklat


Jiran ada beri pisang emas 3 sisir..mula-mula cadang nak buat kek pisang...tapi disebabkan ashik menjengkit (jalan aje)..pisang tu dah masak..akak masukkan kedalam peti sejuk......hari isnin suruh anak buat pisang bakar. Masa duduk di jakarta dulu...pisang bakar ni merata-rata orang jual...yang banyak sekali di jual di semarang, jawa tengah dan di bandung, jawa barat..macam-macam mereka letak atas pisang tu.....tapi bahan utama mesti susu pekat manis.....kat sana ada susu pekat manis berperisa coklat..kat sini tak ada. Lepas tu mereka taburkan coklat rice, kelapa parut, badam cincang ataupun keju. lebih sedap lagi kalau di bakar di atas arang..ala..macam bakar satay. Selalunya mereka guna pisang emas, pisang kepok ataupun pisang raja.

  • mentega (kalau guna kuali tak melekat)
  • 2 biji pisang
  • Keju cheddar yang telah di parut
  • susu pekat manis
  • coklat rice, badam cincang, gula berwarni-warni
  • sos coklat (Hersey's) - atau coklat masakan yang telah di cairkan.

Cara-cara

  1. Kopek kulit dan potong memanjang pisang tersebut.
  2. Bakar dalam oven (suhu 180°c selama 2 minit atau bakar guna api dapur sampai pisang agak layu dan berbau wangi atau gunakan kuali tidak melekat yang telah di bubuh mentega.)
  3. Kalau nak lagi sedap...bakar atas arang.
  4. Sapukan susu pekat manis pada bahagian tengah pisang dan katup semula. Curah sos coklat dan taburkan keju parut.
  5. Ataupun curah susu pekat...coklat masakan dan hias dengan coklat rice/gula berwarna warni atau badam cincang.
  6. Siap untuk di makan..dan sedap di makan panas-panas..
Kalau tenguk pisang ni tentu tak selera kan....lepas di buat pisang bakar....habis.....sehingga menjilat jari.

1 ulasan:

  1. pernah makan ni masa kt bandung hari tu..x ingat apa nama masakannyer..cuma dia x buh coklat je...mmg sedap!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...