OOO

Jumaat, Disember 26, 2008

Tauhu


Memang sedap betul tahu goreng ni di makan dengan sos yang akak ambil dari rumah che'iza ni..dalam resepi tu tahu ni di bakar..tapi takut perut anak tak tahan..akak goreng dulu tahu tu.
Oleh sebab anak tak minat nak makan sengkuang, timun dan tauge...akak tak letak tu semua. Makan tahu semata-mata. Kenyang jugak makan tahu ni ye..

Bahan-bahan

1. 1/2 batang timun-akak tak letak
2. 100gm taugeh-tak letak
3. 1/2 biji sengkuang-tak letak
4. 6 keping tahu - di potong dua
5. 1 ulas bawang putih di titik/cincang halus*
6. 3 sudu makan cili boh/cili kisar*
7. 2 sudu besar gula merah - akak gunakan gula kabong*
8. 1 sudu makan gula pasir*
9. 2 cawan air*
10. sedikit garam*
11. 3 sudu besar air asam jawa*
12. 1 sudu besar bijan-digoreng tanpa minyak
13. 100gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak (sangai)buang kulit dan tumbuk kasar.


Cara-cara
  • Lumur tahu dengan sedikit garam dan goreng sebenar dengan minyak terendam. Toskan. Kalau nak bakar pun boleh. Ketepikan.
  • Celur taugeh dengan air panas dan toskan. Ketepikan.
  • Potong timun dan sengkuang kecil-kecil atau memanjang.
  • Masak semua bahan yang bertanda * sehingga pekat. Kepekatannya bergantung kepada selera masing-masing.
  • Bila kuah hampir pekat masukkan bijan dan kacau sebati.
  • Padamkan api.
  • Potong tahu, letak taugeh, sengkuang dan timun di dalam pinggan.
  • Tuangkan kuah dan taburi dengan kacang tanah. Siap untuk di makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...