OOO

Selasa, Januari 20, 2009

Carrot Cheese Cake

Bila pergi kat umah amal fotopage...geram pulak tenguk kek karot berkeju ni..excited nak buat...stok pun ada lagi....projek hari minggu...puan amal kata dia ambil dari rumah mamafami dan mamafami ambik dari rumah nina...jauh jugak ye dah berjalan resepi kek ni...

Bahan A
  • 125gm cream cheese-dilembutkan pada suhu bilik
  • 150gm mentega-dilembukan pada suhu bilik
  • 230gm gula castor
  • 5 biji telur
Bahan B
  • 230gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder-ayak kedua-duanya
Bahan C
  • parutan lobak merah-perah dan buang airnya
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya

1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Putar bahan A sehingga menjadi sebati dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga ia gebu.
4. Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja.
5. Masukkan parutan lobak merah dan esen vanilla dan gaul sebati.
6. Bakar secara 'bain marie' (loyang kek dalam bekas berisi air) selama 60 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.
7. Sejukkan sebelum di potong.






13 ulasan:

  1. sodapnyer.... linn leh try resepi ni... selalu buat cheese cake jer..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak ina. Hai... waktu rehat gini kalau jalan rumah org ni mesti ada benda yang menambahkan kelaparan ni. Sedapnya kek tu... hulur la sikit kat sini kak. Nak buat tak reti... tgk bahan pun dah ada yg tak kenal, huhuhu

    BalasPadam
  3. Kan best kalau akak duk kt ngan umah aku. leh akak hulur2 apa yg akak masak..kehkehkeh

    BalasPadam
  4. wahhh!!! nak jugakkk.. akak buat hantar sini boleh? ;)

    BalasPadam
  5. K Ina, bak mai skettt... nak wat, sampai arini tak jumpa cream cheese.. merata daku cari.. yg spreadable jer ada.. mek2 arab nie tak reti wat cheesecake ker? ke dia pakai nama lain kat sini? adoyaii..

    BalasPadam
  6. salam ziarah,
    wah! sedap tu..nice blog.

    BalasPadam
  7. salam linn...cuba jangan tak cuba tau..sedap rasanya...

    BalasPadam
  8. salam mummy ila...tak pernah komen tak sedap...mesti komen sedap...cayalah...

    BalasPadam
  9. salam ai...kalau duduk dkt rumah ai..baik akak ajar ai cara nak baking..lagi bagus..kan..

    BalasPadam
  10. salam neeza shahril..nak hantar...kat mana rumah kamu..dekat ke jauh?

    BalasPadam
  11. salam aymy..kdg-kdg duduk merantau ni..memang susah nak cari apa yang kita hendak...sabarlah ye....

    BalasPadam
  12. salam drzeze...terima kasih sudi datang ke sini....jemputlah datang selalu..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...