OOO

Khamis, Januari 29, 2009

Kari Kambing


Resepi ni di ambil dari rumah yann... di yanbu. arab saudi.....yang jauh di mata....katanya masakan kari kak long dia yang paling best..jadi akak pun buatlah..tapi akak tukar ke daging kambing....jadi cara masak dia lain ye yan..pastu tu akak ada tambah sikit bahan ye........akak c & p ye yan..tapi gatal pulak tangan ni nak edit...

Bahan-bahannya

  • 500 g daging kambing
  • 2 biji kentang-akak potong empat
  • 2 cawan santan (1 cawan utk santan cair dan 1 cawan santan pekat)
  • 1 peket serbuk kari daging-akak guna babas
  • 1 sudu besar serbuk cili-akak tukar ke cili kisar
  • 7 biji bawang merah - ditumbuk
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci halia - di ketuk/di hiris halus
  • 1 biji bawang besar dihiris-akak tambah
  • 2 biji bawang kecil-dihiris-akak tambah
  • 1 btg serai- di titik
  • 1 btg kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • sedikit kerisik
  • 2 biji tomato-1 dibelah 4 dan lagi satu di dadu kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa-akak tak letak
  • sedikit minyak
  • air secukupnya

Cara memasak:
1. Oleh kerana daging kambing ni kalau tak betul sembelih..bau dia hanyir...akak perap dengan rempah kari, halia, bawang merah dan bawang putih sehingga 1 jam.
2. Panaskan minyak.. tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar dan bawang kecil bersama daun kari sehingga terbit bau..
3. Kemudian masukkan serbuk cili, tomato yang telah di dadu dan serai.. biar hingga mendidih..

4. Masukkan daging kambing dan tambah air...kecilkan api...dan renih sampai daging empuk. .

5. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak dan masukkan ubi kentang.
6. Perasakan dengan garam. Masukkan asam gelugur.

7. Masukkan kerisik dan tomato.
8. Biar mendidih seketika shingga masak..
9. Hidangkan dengan nasi panas..akak goreng pepadum dan buat sambal belacan..

10. pasti terangkat..

2 ulasan:

  1. menjadik gak kari kambing akak tu yer.. musti terangkatkan..
    kak ina.. sdikit pembetulan lorr.. yan kt saudi arabia bukan kt uae... uae tu jiran sebelah.. hiks

    BalasPadam
  2. salam yann...sedaplah kari kambing ni..tapi harga daging kambing mahallah skrg ni..RM30.00 sekilo...sorrylah..akak tak perasan pasal tpt kamu duduk skrg.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...