OOO

Khamis, Januari 29, 2009

Ayam Goreng Berempah Noorsha


Masak lagi ayam goreng berempah...anak-anak akak memang suka makan ayam goreng ni.....kali ni nak cuba pulak resepi noorsha dari myr...biasalah kan akak ni suka mencuba benda yang baru...okey jugak rasanya...
  • 6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
  • * 1 biji bawang sederhana besar
  • * 2 biji bawang putih
  • * 1 batang serai
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 1 inci lengkuas
  • * 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)-tak letak.
  • * 1 sudu kecil ketumbar biji
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • * 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • garamsecukupnya
  • Serbuk perasa (optional)-tak letak
  • 1 biji telur
  • Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.

Cara-cara

  1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
  2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. Lagi lama perap ....lagi sedap.Akak selalu perap 2-3 jam.
  3. Panaskan minyak didalam kuali. Sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
  5. Goreng serta merta hingga garing.
  6. **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, tak perlu masukkan telur n tepung.

4 ulasan:

  1. nampak ayam nih...kari kat bwh tu nampak menarik gak...

    BalasPadam
  2. byknye resipi leh cuba.. rajin & byk idea kak ina ni

    BalasPadam
  3. saya dan hubby pun suka mkn ayam goreng...tq for the respi kak ina...

    BalasPadam
  4. sedap kan kan kan... goreng garing2.. hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...