OOO

Isnin, Januari 26, 2009

Roti Canai Cicah Sambal Sardin


Sebelum gi ke kolam air panas tu ....pagi tu akak buat roti canai...cicah dengan sambal sardin campur ubi kentang...kalau nak roti canai...cari kat label roti ye...akak cuma bagi resepi sambal sardin aje...

Bahan-bahan
  • 1 tin besar sardin
  • 1 biji bawang besar-didadu
  • 5 biji bawang kecil-tumbuk
  • 4 biji bawang putih-tumbuk
  • 1 biji ubi kentang-potong dadu..lepas tu rebus empuk
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di tumbuk dan bawang besar di potong dadu.
2. Bila sudah naik bau...masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan sardin bersama garam dan jus asam jawa.
4. Setelah diperasa garam masukkan pula ubi kentang dan biarkan sebentar.
5. Bolehlah di angkat dan cicah dengan roti canai atau roti arab.

5 ulasan:

  1. Ina...akak suka makan roti canai dengan sambal tumis ikan bilis...sedappppp

    BalasPadam
  2. salam aNIe...memang sedap makan roti canai kalau dicicah dengan apa-apa sambal pun...dah lama tak buat sambal ikan bilis campur petai..

    BalasPadam
  3. yum yum sedapnyer.. hubby mas pun suka roti canai cicah sardin...n buh sket bilis..yum yum

    p/s: mas link blog ok.

    BalasPadam
  4. kak ina ~ saya mmg fav sambal sardin..tp hubby x suka lea pulak..dulu masa zaman bujang..sambal sardin+ubi kentang lah masakan fav saya selalu..pastu campur tumbuk cili padi sekali...pehhhh

    BalasPadam
  5. K.ina..
    lama dah eiyda nak buat roti canai tapi tak jadi2..eiyda pernah buat 2x tapi tak jadi..apasal ek? nanti eiyda nak try resepi k.ina pulak..memang best makan ngan sambal sardin tu..dah meleleh ni..:p

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...