OOO

Isnin, Januari 19, 2009

Roti sosej

Teringin pulak nak makan roti sosej..dah banyak kali buat sebenarnya...kali ni buat lebih sikit pasal nak bawak untuk athirah di asrama....akak selalu buat ikut resepi dari Puan Yani Myr..patutnya di leperkan roti dan diletakkan sosej di atasnya baru di bakar..tapi suka buat gulung macam ni....akak edit sikit ye yani...

Bahan-bahan

  • 120ml susu segar-akak panaskan sekejap
  • 50g telur
  • 300g tepung roti
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 60g butter-suhu bilik
  • 11/2 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread improver-akak tambah
  • 1 sudu kecil bread softner-akak tambah
  • 12 btg sosej-direbus atau di panggang sebentar. Toskan.
  • bijan yang telah digoreng tanpa minyak
  • sedikit marjerin atau mentega-suhu bilik
  • kalau tak nak guna bijan dan marjerin boleh gunakan sebiji telur yang telah dipukul dan sapu kat atas doh roti

Cara-cara

1. Masukkan tepung roti, gula, garam. Gaul sebati dan masukkan pula yis kering dan telur.
2. Masukkan pula susu segar dan kacau sebati sehingga doh kenyal dan licin. Masukkan mentega dan uli lagi 5-10 minit.
3. Tutup dengan cling wrap dan naikkan sekali ganda.
4. Apabila doh telah naik sekali ganda keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan angin.
5. Bahagikan doh kepada 12 bahagian(terpulang pada saiz yang diingini).
6. Rehatkan 10 minit.

7. Setelah itu gentel satu doh menjadi bentuk panjang lebih kurang 30 cm.

8. Lilitkan doh pada sosej dan buatlah sampai habis.

8. Naikkan roti hingga menjadi sekali ganda..lebih kurang 45minit-1 jam.

9. Setelah doh naik sapu pula dengan marjerin/mentega yang di campur dengan bijan.

10. Bakar pada suhu 180C selama 12-15 minit bergantung kepada oven masing-masing.

11. Sedap di makan panas-panas.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina.
    Memang cantik la roti sosej ni kalau pakar masak yang buat, nampak gebu je.
    KakChik ada attach URL kak ina kat sorang kenalan di Mesir sb dia nak belajar buat roti ni. Lagipun kak ina tunjukkan step-by-step. Harap ok ya.

    BalasPadam
  2. salam..satu lagi resepi yg sy akan keep in view to try!!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...