OOO

Jumaat, Januari 16, 2009

Tag lagi

Hari ni nak jawab dan buat homework yang tertunda..buat yang ni dulu...
Kali ni dapat award dari ita dari umah http://rossitamz.blogspot.com/. Nak ambil bukan boleh sebarang ambik...ada syarat-syaratnya tau....

  1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
  2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda...
  3. Award ni akak dapat daripada ita yang jauh di mata tapi dekat dihati..
4. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

Kena fikir ni apa pulak hobi/fakta tentang akak ni....

1. Sekarang ni rajinlah pulak cuba resepi yang berbeza lebih-lebih lagi banyak resepi yang sedap ada di blog member-member...pantang orang puji aje..akak pun berkobar-kobar nak buat.

2. Sejak dah pandai blogging ni...hb dan anak-anak pun rimas sebab mak dia pun dah pandai kacau daun nak duduk depan pc...kalau tak dapat satu hari..boleh meroyan di buatnya.

3. Suka tenguk cerita korea/jepun yang bertema percintaan seperti winter sonata tu....macam anak muda bercintalah pulak...

4. Tak suka dengar lagu yang memekakkan telinga pasal telinga akak ni suka dengar lagu yang berentak perlahan dan sentimental.

5. Suka baca novel bertema percintaan.

6. Kalau dah penyakit M sampai...akak biarkan aje rumah bersepah.

7. Paling tak suka iron baju...menyampah...

8. Bukan boleh duit banyak kat tangan..nak gi shopping kompleks atau pun pasaraya..nak mengkempiskan dompet aje....

9. Kalau anak tak ikut cakap/tak buat kerja yang akak suruh...mulut akak pun macam murai di cabut ekor...sampai cik abang tegur...barulah akak slow sikit.

10.Suka jumpa member-member cyber ni...dah dapat kenal muka barulah senang hati...tak suka yang nak menyorokkan diri..

Rasanya dah ramai member yang rajin jawab tag dah dapat tag ni...jadi akak tak tag orang lain lagilah ye...jangan marah tau tuan punya tag...


2 ulasan:

  1. hehe..saya pun dah penah buat tag ni..pening nak menjawab soklan ;p

    BalasPadam
  2. salam ungku nor..buat tag ni memang ambil masa...tapi kalau tak buat rasa tak sedap hati pulak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...