OOO

Jumaat, Februari 27, 2009

Ayam Paprik

Bahan:- (dipotong kecil)
  • 300 gm isi ayam
  • 100 gm carrot
  • 100 gm brokoli-tak letak sebab tak ada
  • 100 gm bunga kobis
  • 50 gm capsicum hijau-tak letak..tukar ke cili hidup di hiris
  • 1 labu bawang besar
Bahan Sos:-
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai - di titik hujung dia (akak letak 2 batang)
  • 3 biji limau kasturi (perah jus)
  • 5 biji cili padi - ketuk-akak tambah lagi 5 biji..tak pedas tak sedap
  • 3 ulas bawang putih - akak tumbuk
  • 1/2 cawan air
  • 3 helai daun purut-disiat-siat
  • garam secukup rasa
  • minyak
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Masukkan air.
4. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
5. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut.
6. Masukkan jus limau dan sedikit garam. Rasa dulu..barulah ditutup api.

Sedap di makan panas-panas..kalau ada tomyam lagi best.........

6 ulasan:

  1. 2 in 1 nih...ade sayur ade ayam...sedap lak tu kan...

    BalasPadam
  2. Baru semalam wat ayam paprik wat p piknik.kikikiki...Mmg best!!!!

    BalasPadam
  3. salam aishah..memang senang..masak sekali gua..

    BalasPadam
  4. salam reenaz..kalau sape yg dah pernah buat..memanglah tahu macammana kelazatannya.

    BalasPadam
  5. salam kak piah...cuba jangan tak cuba..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...