OOO

Isnin, Februari 23, 2009

Daging Masak Jintan

Masak macam ni pun sedap tau...selalu akak buat bila dah malas nak masak kat dapur lelama...kalau masak daging ni kena perap dulu tau barulah di goreng..caranya lebih kurang macam daging lada hitam cuma kali ni di campur pulak dengan ketumbar dan bahan yang lain.

Bahan
  • 500gm daging lembut
  • 5 biji bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 biji ubi kentang-dihiris memanjang
  • 1 biji bawang holland/merah di hiris bulat
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 2 biji cili hidup-potong serong
  • sedikit santan pekat/susu cair
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-caranya

1. Basuh daging dan hiris nipis-nipis. Goreng hirisan ubi kentang. Toskan.
2. Rendam jintan manis, ketumbar dan jintan putih.
3. Tumbuk lumat/kisar lada hitam bersama bawang putih, halia, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Ketepikan.
4. Perap daging dengan sos tiram dan kicap pekat selama 1-2 jam.
5. Tuang minyak, tumis semua bahan yang telah di tumbuk tadi sehingga naik bau.
6. Masukkan pula jintan yang telah di tumbuk., cepat-cepat masukkan daging yang telah di perap.
7. Biarkan daging empuk, baru dimasukkan garam, cili hidup, bawang holland/merah dan ubi kentang.
8. Masukkan santan pekat.
9. Biarkan kuah agak pekat, rasa garam dan bolehlah di tutup api.

10 ulasan:

  1. Mula mula saya baca tajuk, dengan mata saya yang kelabu ni..saya baca JINTAN MASAK DAGING. Apasal la pulak JINTAN MASA DAGING?

    Pastu baca sekali lagi...ooo DAGING MASAK JINTAN.

    kak Ina,
    Cara ini lebih kurang Daging masak DENDENG ke? Sebab dulu waktu kat US, ada kawan saya, keturunan Jawa, suka masak daging goreng macam ni. Dia kata Daging masak dendeng..Iya ke? Dendeng tak dendeng, kami tetap sapu sebab SODAP!

    BalasPadam
  2. 1 pinggan nasi panas + daging masak jinta + sambal pedas + ulam = kenyang + sedap + berpeluh

    hr ni tak lalu nak makan tgh sb perut sdg tak selesa tapi tgk lauk kak ina ni, kakchik terbayangkan nasi panas yg gebu... fuh, sedapnya.

    BalasPadam
  3. K.ina..kalau lauk cam ni kan..ct duk ratah lauk dr makan nasi hahaha nak cuba gak ler.. :)

    BalasPadam
  4. kak ina..lauk ni kan mkn ngn roti sedap gk kan..or mkn ngn nasi panas shj..perghh..best tuh:D

    BalasPadam
  5. salam ashley..tak sama mcm dendeng..nanti kalau akak buat dendeng versi akak..akak akan show ye..

    BalasPadam
  6. salam kakchik..kalau perut tak selesa baik makan masakan yang banyak halia..bagus untuk buang angin..

    BalasPadam
  7. salam ct delima..kalau si ira ada..dia pun mcm kamu..sikit-sikit ke dapur...ratah lauk ni..klu dia ada 1 kilo daging pun tak cukup..

    BalasPadam
  8. salam suziey..memang bagus makan dengan nasi..dengan roti kurang sikit..

    BalasPadam
  9. salam yatt..memang makan dengan nasi minyak atau nasi tomato memang sedap..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...