OOO

Isnin, Februari 16, 2009

Vanilla Cupcakes


Hari Jumaat akak dan yana cuba-cuba nak deco cupcakes...nozzlee dah beli...kalau tak cuba buat nanti jadi tukun pulak jadi hiasan...cari-cari dalam internet resepi cupcakes...nasib baik jumpa..rupanya payah jugak nak deco cupcakes ni....patutlah orang jual mahal..walaupun tak berapa lawa..tak kisahlah...ni kali pertama buat..nanti boleh cuba lagi...
Akak ambil resepi vanilla cupcakes dari rinnchan fotopages..

Bahan-bahan
  • 250gm mentega
  • 180 gula castor
  • 4 biji telur
  • 185gm tepung naik sendiri
  • 60gm tepung gandum
  • 185gm susu segar
Cara-cara

1. Ayak tepung naik sendiri dan tepung gandum. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula castor sehingga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dan susu berselang seli ke dalam adunan.
5. Panaskan oven dulu ke suhu 180'
6. Tuang adunan kedalam acuan kertas kek cawan.
7. Bakar dalam masa 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.
8. Sejukkan dulu kek sebelum di hias dengan buttercream.



Akak gunakan buttercream yang tak habis masa buat deco strawberry shortbread pada harijadi ira yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...