OOO

Sabtu, Mac 14, 2009

Ayam Kicap Bawang Goreng


Kali ni ambil resepi dari majalah saji...kan akak ni suka masak lain-lain resepi...sedap memang sedap...sebenarnya macam ayam masak kicap tapi rasa dan bahan dia lain sikit...nanti sape yang berkenan bolehlah cuba..

Bahan-bahan
  • 1kg ayam di potong kecil (16)
  • 1 1/2 cawan bawang goreng-akak guna 1 cawan aje..lagi 1/2 cawan akak kisar
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 4 cawan air - akak letak 2 cawan aje
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 tangkai daun kari
  • garam dan sedikit gula-akak tak letak gula
  • sedikit minyak
Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5cm halia
  • 3 batang serai
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 biji tomato
Cara menyediakannya :-

1. Panaskan minyak dan tumis daun kari bersama bahan kisar sehingga kering dan naik bau.
2. Setelah masukkan ayam dan tuangkan sos tomato, sos tiram, kicap dan air.
3. Biarkan ia mereneh. Bubuh sedikit garam dan gula.
4. Biarkan ayam masak. Setelah ayam empuk dan kuahnya kering, tuangkan bawang goreng.
5. Dengan cepat gaul rata dan biarkan sebentar.
6. Terpulang pada diri sendiri nak kuah basah atau kering.

2 ulasan:

  1. KAK INA..kite mmg bekenan la ayam kicap i..sure sedap kn..slalu msk kicap bese2 je..k nnt kite try...

    BalasPadam
  2. wah kak! memang nampak sedap. leh cuba nanti... ;)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...