Bahan-Bahannya :-)
- 240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau-akak guna tepung hongkong
- 1 camca teh Double-Acting baking powder
- 1 camca teh instant yeast
- 1/2 camca teh garam
- 25 g lemak sayur (shortening)
- 100 ml air suam*
- 30 g gula halus*
- 1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)-akak tak letak
- Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2-akak letak inti karipap dan kacang merah.
Cara membuatnya :-)
- Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
- Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
- KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
- Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
- Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba.

baru lepas makan pau gak..sedapnya..pandai ar akak nie buat kuih
BalasPadamIna...thanks for the resepi..nanti nak try
BalasPadamsedapnyer pau kak ina ni!!!!daku suke mkn pau...tapi xde sampai nak buat sendiri..x roti den..beli kat kedai je..hehe
BalasPadamIsh,ish,ish..tengok pau kak Ina ni teringin la plak nk buat lagi...kali ni nk cuba cara kak ina tu plak..thanks..
BalasPadamSedap giler pau ni..pandai betoi kak ina masak..nak try lar..tapi kalau naura masak, sure tak jadi punya..hehe
BalasPadampau kak ina tu nampak macam pau yang dijual kat bakeri je. bila lapar ni nampak makanan sedap, perut pun apa lagi, menyanyilah dia.
BalasPadamcantik pau tu..tima kasih sebab akak sudi kongsi resipi...
BalasPadamsedapnya kueh pauu... makan dua ketol dah kenyanggg!!
BalasPadamsalam kak ina,
BalasPadamnampak sodap jer pau tuh...hehe
salam kenal.
adik sy slalu bergurau ngan saya.. dia cakap kalau time ngandung makan kuih pau nih.. anak mesti gebu cam pau.. yer ker kak ina?
BalasPadamsalam atty's...belum rasa kamu kata dah sedap...agaknya bila dah rasa kamu kata alahai...nampak aje lawa..tapi rasa tak sedap..saje gurau aje ye..
BalasPadamsalam aNIe..cubalah buat..mana tau aNIe punya lagi gebus..
BalasPadamsalam syafa...kalau setakat nak makan berdua memang akak tak buat..baik beli aje..sonang kan..
BalasPadamsalam noorma..versi pau ni mcm-mcm..akak pun dah cuba 2-3 resepi..nak tahu yang mana yang best..
BalasPadamsalam naurah makwa..cuba dulu sikit..jgn putus asa nak mencuba..
BalasPadamsalam kakchik...alahai malunya dpt pujian mcm tu..apa-apa pun terima kasih ajelah atas pujian dari org jauh ni..
BalasPadamsalam jiya..memang kenyang makan pau ni..tak yah makan nasi..
BalasPadamsalam lupakanje..salam perkenalan juga dari akak..
BalasPadam