OOO

Jumaat, April 03, 2009

Kisah Anak Ke 4...

Kali nak ceritakan pasal anak ke 4 akak Nur Athirah..dia dah bagi komen...

Mak ni dah cerita tentang abang cd, abang firdaus, kak yana, imran... kenapa mak tak buat cerita tentang ira pulak...

alamak anak dara kecik dah jeluos pulak...okeylah ira..mak cerita macamman ira dalam perut dan bila dah keluar dan dah besar macam ni...nanti bila balik dari asrama boleh lah baca..sape yang nak baca ..baca ajelah...tak nak tak apa..

Oleh kerana akak rasa penat jaga 3 orang anak yang tak jauh beza umur mereka....akak terpaksalah ambil langkah untuk menjarakkan anak...kesiankan...mereka tak dapat kasih sayang yang cukup terutama firdaus..russhdi bernasib baik pasal umur dia dah setahun lebih baru dapat firdaus.

firdaus kecik lagi akak dah mengandungkan yana...pasal akak gunakan perancang keluarga cara suntikan...rasanya ada yang dah baca N3 akak dulu...tapi macam yang akak cerita dulu..walaupun jarak umur tak jauh beza...tapi senang nak jaga...bila dah bersalinkan yana..akak terus makan pil perancang...takut mengandung lagi.


arwah mak mertua dan arwah atok suami marah akak makan pil terlalu lama...dia dengar cerita kalau makan ubat lelama nanti pil tu tak larut dalam perut..jadi penyakitlah pulak...habis tu nak buat camna...kang ashik beranak setiap tahun dan takut anak tak dapat cukup kasih sayang .....jadi akak pekakkan telinga.

Lama juga akak makan pil perancang...alhamdulliah tak ada pulak jadi apa-apa..bila yana dah umur 6 tahun, terasalah pulak nak mengandung lagi...teringin nak anak kecil...kan orang perempuan ni bila mengandung dan nak bersalin terasa serik...tapi bila dah keluar baby ...hilang segala kesakitan...

Akak pergi ke pusparawi di jalan ipoh...masa tu dr salleh...minta pendapat dia, pasal akak dah lama sangat pil perancang dia suruh akak stop dulu selama 3 bulan baru cuba mengandung lagi...terpaksalah kami suami isteri berjaga-jaga...gunakan kaedah yang lain..

selepas 3 bulan kami bertungkus lumus dan bekerja kuat untuk dapatkan anak lagi...alhamdulliah allah swt bagi rezeki.. dan akhirnya dalam bulan mei/jun tahun 1995 akan mengandungkan ira...dan akak bernasib baik..tak ada alahan langsung...masa tu akak dah masuk 2 tahun bekerja sebagai guru tabika perpaduan..

masa tu ...russhdi dah darjah 3....firdaus dah masuk darjah satu..akak cuma bawa yana aje ke sekolah tabika...akak mula buat check up di klinik pakar wanita taman melawati..jumpa dr amir...sampai ke akhir kehamilan akak tak ada masalah cuma ada masalah darah tinggi pada saat akhir kehamilan dalam akhir bulan januari kaki mula bengkak dan akak di suruh masuk ke wad bila dah sampai due date...mcm biasalah kena berehat...tapi macammana nak berehat..ashik ingatkan anak kat rumah....

agaknya 6 tahun tak bersalin...hati ni berdebar-debar....rasa macam baru bersalin pertama kali pulak...bila darah tinggi makin naik....dr amir suruh telan ubat....akak pun tak tanya untuk apa......dan masukkan drip dan pecahkan air ketuban.


aduh mak..sakitnya...bila resa datang...lelama akak minta ubat tahan sakit...mula-mula dia bagi injection tapi tak berapa jalan...lepas tu dia bagi sedut gas apa tah.....

suami akak memang tunggu malam tu...dia pegang tangan akak dan suruh mengucap dan berzikir....umur pulak dah masuk 3o..an jadi tenaga dah tak berapa kuat nak teran...punyalah tercungap-cungap akak di buatnya...dan akhirnya pada pukul 2.17 pagi ...30hb. Januari 1996 lahir anak akak yang ke 4 di beri nama Nur Athirah.

bila dalam pantang akak duduk kat rumah sendiri..anak dah masuk 4 orang takkan nak suruh mak jaga...mil datang pada minggu pertama...tolong masak...mak akak pun datang..pasal mak duduk tak jauh dari rumah akak..jalan kaki dah sampai .....alhamdulliah dalam hari tak ada masalah...cuma dia suka berjaga malam.....dan akak bersyukur sempat bagi menyusu badan badan.

Yana memang rapat dengan ira..walaupun mula-mula ira lahir yana macam jelous aje...

bila dah 2 bulan cuti bersalin...mak nak jaga...mak jaga ira ni sampailah dia dah masuk tabika umur 5 tahun...akak kerja pun cuma setengah hari aje...mak datang kat rumah dan masak untuk abah dan rumah akak sekali...relax betul akak ni..tulah sebab badan tak turun kot.....bila balik ...semua dah siap...tapi akak tak bagi kemas rumah...masak dan jaga ira aje..

mak bagi hadiah..ira pun sibuk sama...dah mak dia cikgu tabika..

akak doakan aje agar bila dah besar nanti dia pegang scroll macam ni jugak...

di mc donald gombak..kanak-kanak tabika sambut hari jadi di sini..

di pejabat perdana menteri...di putrajaya..

bersama rakan tabika

Ni semua gambar masa ira umur 5 tahun..lawatan tahunan ke zoo negara...mungkin binatang dan pekerja dah kenal....

bila umur dia 6 tahun akak masukkan dia ke tadika islam..nak bagi dia pandai baca jawi dan tahu fardhu ain...ikut pengalaman akak dulu...kalau anak bersekolah tempat yang sama 2 tahun berturut-turut dia akan bosan.

Bersama guru darjah 1 di..sekolah kebangsaan gombak 1, selangor. lupa pulak nama cikgu dia..

Lepas penyampaian hadiah di sekolah agama sebelum kami ke jakarta. masa ni dia darjah 2.

Dari darjah satu ira mengaji dengan ustazah ni dan bila darjah 2 ustazah ni yang jadi guru kelas dia.........bila balik kat sini dia masuk darjah 4.....nasib baik dia boleh catch up dengan baik dan berjumpalah dia balik dengan ustazah ni masa darjah 6. Ustazah nilah yang memberi bimbingan dan dorongan sehingga beliau mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan upsra tahun lepas. terima kasih ustazah sastina..

Di pantai anyer kecamatan anyer di kabupaten serang, provinci banten dan dari jakarta ke sini adalah dalam 160km...ambil masa 2 jam perjalanan....makanan laut kat sini memang murah bebenar....

anak member ni yang sibuk nak mandi laut..jadi dia ajak kami pergi ke pantai anyer ni..kami tidur di chalet tepi pantai...kongsi dengan member suami akak ni...seronok tenguk laut..kat jakarta ada laut..tapi airnya kotor..seronok tenguk ira, hadi dan imran mandi laut..tak nak naik..

Seronok bila orang kampung datang jual ikan dan sotong..di chalet ni mereka ada siapkan dapur..masa tu kami ni tak tahulah pulak boleh masak kat sini...jadi tak bawaklah bahan-bahan untuk memasak.....geram tenguk udang dan sotong yang besar-besar pastu harganya murah pulak tu..

Tapi rasanya pantai kita lagi lawa kot..tak apalah..lepas gian bila dah setahun tak mandi laut

Bersama anak family yang tinggal di apartment yang sama dengan kami di taman mini indonesia.

Bila di jakarta mereka tinggal 2 beradik aje..bosan betul akak..akak ashik teringat 3 orang anak yang tinggal di kuala lumpur...

Di balai seni lukis di jakarta...memang lukisan mereka ni lawa..suka akak tenguk..

tempat yang sama...

Bersama mak lepas turun dari tengkuban perahu di bandung.


Seronok ira dan imran bila abang dia datang bercuti kat sini...anak-anak akak suka suka berendam dalam air..tak kiralah ..dlm swimming pool ke..sungai ke..laut ke..

Gambar ira di jakarta...cuma sekolah kat sana setahun aje..dia menangis nak balik...oleh sebab kami ke sana nak kumpul duit...jadi akak masukkan ke sekolah private di sekitar rumah akak ...takkan nak hantar ke internasional school...mahallah bayaran setahun..pastu jauh pulak dari rumah...kami bukannya nak duduk lama pun.. nanti membazir duit aje...

Bersama adik lelaki, isteri, anak dia dan imran di genting highland.

bila dia dah sekolah kat sini akak terpaksalah berulang alik...sebulan di jakarta dan sebulan di kuala lumpur..kesiankan dia yang tinggal dengan mak.

bila balik..cuti sekolah ajaklah pergi jejalan kat pulau pinang dan genting highland..

Sambut hari jadi bersama imran...kebetulan akak balik ke sini..imran dan ira lahir pada bulan yang sama..jarak tarikh pun cuma berselang 9 hari.

Bersama-sama geng boria dia...sebenarnya suami akak tak suka anak perempuan dia masuk boria ni...tapi akak pulak kata....ni aktiviti koko....lagipun dia kecil lagi..biarlah dia bercampur gaul dengan rakan sebaya.

Ira masuk boria dari darjah 4 lagi...masa tu akak masih di jakarta dan dia tinggal dengan wan (nenek)..nasib baik abang dia 2 orang dan adik akak rajin hantar ke sekolah bila ada latihan di waktu petang.

Ira terpilih untuk 2 tahun berturut-turut dan masa darjah empat sekolah dia berjaya dapat tempat pertama peringkat sekolah bagi zon sentul pada tahun 2006 tapi masa peringkat negeri Wilayah Persekutuan ..sekolah dia tak berjaya.

Pada tahun 2007 barulah sekolah dia dapat tempat ke 3 peringkat negeri wilayah persekutuan. Pertandingan di adakan di Taman Tasik Titiwangsa..akak pergi dengan anak-anak aje..suami tak minat ni semua..dia kan tak suka anak dia joget depan orang ramai.

Alhamdulliah ira dah 2 kali khatam al quran..

Maljis khatam quran di buat di rumah ustaz yang mengajar dia mengaji..kebetulan anak ustaz buat majlis perkawinan anak perempuan dia..di sebelah pagi ira dan adik pengantin khatam quran..ni member baik dia...ustaz yang duduk depan rumah akak ...

Bila dah darjah 6 akak dan pihak sekolah tak bagi dia bergiat dengan boria lagi.. akak suruh dia masuk aktiviti di sekolah aje dan tumpukan perhatian untuk periksa upsr dan upsra.

Pergi ke maha tahun lepas..penatlah...jauh sangat nak jalan dari satu tempat ke satu tempat.

Dahlah orang ramai...punyalah panjang beratur nak naik kenderaan nak pergi kat sini....

Pergi pulak lagi 2 hari nak habis...berpusu-pusulah orang datang..kononnya nak dapat barang murah..tak lah murah mana pun...

Imran dan ira suka pergi ke sini...dapat tenguk mcm-mcm binatang termasuklah rusa ni..

Masa nak balik dari sini hujan lebat..kelam kabut kami berlari ke kereta..nasibbaik masa tu dah sampai kat pintu luar....

Bersama abang dan adik di eyes of malaysia di titiwangsa..

Ira bersama mak, akak dan adik-adik ipar di majlis perkawinan di bangsar.

Sekarang ira dah 13 tahun...sekejap aje masa berlalu....dah duduk kat asrama...tapi sebenarnya dia tak suka duduk kat asrama...suka duduk kat rumah...ira ni manja dengan akak dan wan dia..dah tentu wan dia bela dia masih kecik...
.tapi dah terasa rasa sunyilah pulak rumah ni bila dia tak ada..kalau tidak terdengar suara dia bergaduh dengan imran. tak dengar mulut dia pot pet..pot pet...
Semuga ira berjaya mencapai cita-cita yang dia impikan...dia tekad nak jadi macam kakak dia...

6 ulasan:

  1. salam. kakina ni pandai berceritalah seronok saya baca..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam kak ina. anak ramai ni ceria je rumah. saya ni bila cerita bab anak ni sedih sikit. saya pernah kematian anak. bila dgr orang cerita pasal anak-anak diorang, rasa emo je....nak nangis...

    BalasPadam
  4. panjangnye entri kak ina.. tapi tak bosan biler baca.seronak yer anak dah besar besar.. tak pening kpala

    BalasPadam
  5. dah besau anak dara akak yer...
    semoga ira berjaya dlm pelajaran & berjaya dlm bidang yg akan diceburi...

    BalasPadam
  6. salam datin el...dulu nak jadi penulis..tapi tak di asah bakat..skrg ni asah bakat kat blog ajelah..

    salam siti...tak apalah..mungkin allah swt menyayangi dia..al fatihah buat beliau.

    salam cik pah..nasib baik kamu tak bosan..poning kelapa tang lainlah pulak..

    salam mala..terima kasih..semuga mereka berjaya di dunia dan akhirat.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...