OOO

Isnin, April 20, 2009

Laksa

Hari Isnin kat rumah akak memang ada pasar malam..dah lama dah kami tak makan laksa..kebetulan suami akak teringatlah nak beli...bila balik dari situ akak terus hidangkan laksa yang selalu kami beli...tenguk dia punya kuah ...alahai punyalah cair..dah beli ..terpaksalah makan...tenguklah rupa kuah dia yang tak memuaskan selera akak ... mungkin ikan dah mahal kot..jadi si penjual terpaksalah cairkan kuah daripada naikkan harga..nanti orang tak nak beli kalau dia naikkan harga.

Nak puaskan hati sendiri...akak pun buatlah laksa semasa anak-anak balik. Bukan susah nak buat laksa ni..nak vitamin R bebanyak barulah boleh buat...resepi akak selalunya campak-campak...tak ada sukat-sukat..tapi nak menyenangkan orang buat akak pun ambillah resepi dari umah member cyber..akak suka buat kuah pekat..barulah ada umphhhh..


Bahan-bahan

  • 1 bungkus laksa (500gm)
  • 1 kg ikan kembung - disiang dan dibersihkan
  • 2 biji bawang besar - dikupas
  • 6 biji bawang kecil
  • 5 sudu makan cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing)
  • 2 batang bunga kantan - dibelah dua
  • 2 ikat daun kesum - dipetik dan dibersihkan
  • 2 keping asam gelugor
  • jus asam jawa-bergantung kepada tahap kemasaman yang diingin
  • sedikit belacan
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

Bahan untuk hiasan

  • timun - dihiris halus
  • cili merah - dipotong
  • bawang besar - dipotong bulat
  • daun salad - dipotong halus
  • bunga kantan-dihiris tipis
  • limau kasturi
  • daun selom
  • bawang besar di hiris memanjang

Cara memasak

1. Laksa direndam hingga lembut kemudian direbus hingga masak. Toskan dan ketepikan.
2. Ikan kembung direbus dan dicampur dengan asam keping bersama sedikit air dan masukkan garam ke dalam air sehingga mendidih. Angkat dan toskan dan biarkan ia sejuk. Simpan air rebusan ikan tersebut dalam periuk yang agak besar.
3. Bawang besar, cili giling , bawang kecil dan belacan dikisar hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
4. Isi ikan diasingkan daripada tulang dan dikisar. Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ikan.
5. Tulang dan kepala ikan juga dikisar kemudian ditapis. Airnya dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi campuran air rebusan ikan tadi.
6. Jerangkan campuran ini di atas api hingga mendidih. Masukkan air asam jawa.
7. Masukkan daun kesum, asam gelugor dan bunga kantan. Didihkan lagi.
8. Rasa garam dan masam kuah laksa ini sebelum ditutup api.
9. Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...