OOO

Isnin, April 20, 2009

Roti Pandan Inti Coklat


Resepi ni di ambil dari rumah chef ah mat gebu....rese pi asal dari alex goh .......kat blog dia ni banyak betul resepi roti yang sedap-sedap...terima kasih kat cik mat kita ni...resepi asal nama dia roti ni bun pandan berkismis.......tapi kat rumah ni kalau buat roti bubuh kismis alamat anak-anak tak nak makan...jadi akak tukar ke inti coklat..memang sedap dan lembut roti ni...akak c & p aje dari blog cik mat ..harap maaf ye cik mat ...

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g tepung roti
  • 2 camca teh instat yeast
  • 45 g gula halus
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar susu tepung
  • 1/2 biji telur (1 biji telur dipukul sedikit dan ambil 1/2 bahagian)
  • 60 ml santan (mat guna susu cair)
  • 1/2 camca besar pandan paste
  • 105 ml air
  • 20 g lemak sayur (shortening)
  • 130 g kismis-akak tukar coklat masakan yang telah didadu
  • Sedikit mentega untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul tepung, yeast, gula, garam, bread improver/softerner dan susu tepung hingga sebati. Masukkan telur, santan@susu cair, pandan paste dan air. Gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah lemak sayur sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Masukkan kismis dan uli lagi hingga rata. Bulat2kan doh, letak dalam bekas yang telah dilenser sedikit mentega. Tutup dengan plastik cling atau kitchen towel. Biar 1 jam hingga doh naik sekali ganda.
  3. Keluarkan doh. Tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap. Bahagikan doh kepada 14 bahagian yang sama besar (kurang lebih 50 g satu bahagian). Bulat2kan doh dan masukkan coklat masakan dan bulat-bulatkan semula dan letak dalam loyang sesuai yang telah disapu sedikit mentega.
  4. Perap 45 minit hingga roti naik. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven...
  5. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali mentega, ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap dan seterusnya lakukan seperti langkah no. 3 dan 4....
Sedap di makan bila baru keluar dari oven.....

4 ulasan:

  1. sedap nih...lagi2 ade coklat

    sama ahh akak...kat umah nih kalu roti ade kismis mmg tak laku ler...

    BalasPadam
  2. wah bila le lagik sya berani nak buat roti ni

    BalasPadam
  3. hai sedapnyer... linn kalu asuk sini berkobar2 rasa nak masak2..TQ kak linn dah pegi dah tmpt resepi sayur kayu tu

    BalasPadam
  4. salam aishah..klu buat fruit cake dia orang langsung tak sentuh..malas akak nak buat dah..

    salam sya..ala cubalah buat 1/2 adunan dulu..akak dulu pun taklah terror sangat..pernah buat keras mcm batu..

    salam cik linn...baguslah mcm tu..akak bagi semangat kat kamu supaya kamu rajin memasak..kamu dah buat ke belum sayur kayu tu..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...