OOO

Selasa, Mei 19, 2009

Agar-Agar Coklat Oreo

Akak tuang susu cair...sedapnya...

.Oleh sebab tertarik nak cuba resepi ni..akak kenalah cari serbuk agar-agar dan biskut oreo di giant...tenguk kat rumah aymy dari kuwait masa cuaca panas..dan tekak belum berapa baik lagi...memang sedap..resepi asal dari chef ros aka onigiri dari jepun...tokeh roti yang tak kedekut bagi resepi roti kat blog dia..akak c & p aje dari rumah aymy...

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )...

  • 1/2 paket agar-agar stripe atau ( 1 paket serbuk agar-agar)
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)-akak tambah lagi 2 keping
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara...

  1. rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
  2. sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. setelah semua sebati, curah bancuhan agar-agar didalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
  4. amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.
Akak letakkan krim biskut kat atas agar-agar ni..sayang nak buang krim biskut tu...yang ni si imran punya..pastu tuang susu cair..yummmy....

3 ulasan:

  1. nak try..nak try. macam sedap giler!

    BalasPadam
  2. best nyerr...
    meleleh air liur tengok...
    nak try jugak lah...

    harap2 nyer weekend nih lah boleh cuba...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...