OOO

Isnin, Mei 25, 2009

Ikan Bawang Putih Goreng/Sos Mangga Hijau

Geram pergi ke rumah noor yang tinggal di kuala terengganu..mcm-mcm makanan siam yang dia suka buat...yelah..ada adik angkat yang duduk kat siam...seronoklah kan noor dah pandai buat masakan ni..entah-entah si ika yang dok kat bangkok tu pun tak pandai masakan siam...(jangan marah ye ika..akak gurau-gurau sayang aje) .ni salah satu masakan siam noor yang pertama kali akak cuba buat..sedap..tapi cik abang tak sukalah makan sos mangga tu...dia mengerjakan ikan aje..akak yang menghabiskan sos mangga...oleh sebab akak tak pernah pakai sos ikan akak tak bubuhlah..nanti kena gi beli lah jugak...akak c & p aje dari rumah noor...noorrrrrrrrrrrr jangan saman akak tau...akak edit sikit ye..
Ikan Bawang Putih Goreng
  • 1 ekor (500gm) ikan talapia
  • 1/2 cawan bawang putih
  • 1 sudu besar lada putih biji ~ k.nor tak ada lada putih, so tukar dgn lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • minyak utk menggoreng
  1. Tumbuk bawang putih, lada putih biji dan garam hingga menjadi paste.
  2. Sapukan keatas ikan dan biarkan 20 - 30 minit.
  3. Asingkan paste td dari ikan utk digoreng semula nanti.
  4. Goreng ikan dlm minyak panas (api sederhana kuat) hingga masak keemasan. Toskan.
  5. Goreng paste bawang putih td hingga garing dan keemasan.
  6. Taburkan atas ikan dan boleh la dihidangkan dgn sos mangga hijau.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

SOS MANGGA HIJAU



  • 1/2 cawan mangga hijau masam ~ dihiris nipis (cincang panjang)
  • 1 biji bawang merah ~ dihiris nipis
  • 2 sudu besar air limau nipis
  • 3 sudu besar sos ikan-tak letak sebab tak ada stok-jadi kurang kicklah sikit
  • 2 sudu teh gula
  • 3 biji cili api ~ dihiris halus
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan dlm sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Bolehlah dihidangkan dgn ikan goreng tadi.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...