OOO

Isnin, Mei 11, 2009

Kari Daging Kerisik


Bosan jugak bila masak yang sama..jadi carilah resepi kari daging yang berlainan..pergi ke rumah chef fofularlah cik ah mat gebu...terpandanglah pulak kari daging kerisik...ehmmm..mcm menarik walaupun ada bahan-bahannya sama mcm yang akak selalu buat...cik mat letak cili padi, lengkuas dan gula melaka.Akak c & p aje dari rumah cik mat.tapi akak edit sikit...minta halal ye cik mat.

Bahan Utama:-


  • 1 kg daging lembu
  • 4 biji kentang, belah 4 setiap biji
  • 1 batang lobak merah, dipotong baji-tak letak
  • 1 biji kelapa, diparut-akak beli aje santan yang siap di perah-RM3.00 pastu campur air.
  • 1 1/2 camca besar kerisik
  • 2 1/2 camca besar serbuk kari daging "Babas"
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 camca teh gula melaka
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-

  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 - 15 biji cili padi-
  • 1 hirisan nipis lengkuas
Bahan2 Tumis:-

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 ulas bawang merah kecil, dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus

Cara membuatnya:-
  1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1 liter air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.(akak tak payah perah-guna yang beli aje)
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, dan tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga wangi. Masukkan rempah kari daging, gaul rata dan tambah sedikit air. Goreng rempah hingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul rata, biar 5 minit hingga daging kecut dengan rempah.
  3. Tuang santan cair dan biarkan mendidih dengan api sederhana hingga daging 3/4 empuk. Masukkan lobak merah, kentang dan kerisik. Masak hingga kentang dan lobak empuk, baru ditambah dengan asam gelugor. Biar mendidih.
  4. Tuang santan no.1 dan perasakan dengan garam dan gula melaka. Kacau perlahan dan biar mendidih pada api perlahan. Rasa kuahnya, jika ok, boleh dimatikan api dan hidangkan bersama nasi impit, roti jala, roti canai atau apa2 jelah yang anda gemari...

Makan pulak dengan ikan pekasam ni...beli kat pasar pagi di greenwood.

Bila di goreng..hemmmm harum semerbak..makan tak pandang belakang lagi dah..oleh sebab cik abang tak makan ikan pekasam ni..akak gorengkan aje ikan pari masin...memang menaikkan darah tinggi lagi ni...tak apa sekali-sekali...

4 ulasan:

  1. slm kak Ina,
    waaaa sdpnya tgk kari daging akak tuh.Skrg kt rmh amy daging kne stop dlu sbb hb xnk mkn daging larr. Kalo die mkn leh amy bt jgk tp smpn je la niat tuh. Akak duk mane erk??asik ke psr gombak je. Mak cik amy pun duk dekat2 ngn psr gombak gak. Lahai kecur sambil duk taip nih.Kang x psl2 basah meja nih kih3.

    BalasPadam
  2. sedapnya nmpak kari dgging tu, ikan pekasam lagilah..adui..kari tu wat cicah roti jalapun masyuukk jugak.

    BalasPadam
  3. salam kak ina...

    sedapnya tgk...
    yummy....

    :)

    Selamat hari ibu kak ina...
    sori, lambat wish...
    faham2 jer lah knp..

    apa2 pun...
    sy doakan kak ina menjadi isteri dan ibu mithali...
    amin.....

    :)

    Muahhsssss....

    BalasPadam
  4. kari daging lu letak kerisik mmg lagi kaw kak. bertamah le kaw bila mkn ngan ikan kering ke..mmg lawan dia.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...