OOO

Rabu, Mei 20, 2009

Mochacino lagi


Buat mochacino lagi..dah buat lama dah..tapi terlupa nak post...tak kisahlah tu ..janji bubuh kat blog nanti senang nak refer balik...memang enak..anak-anak yang buat...

Bahan-bahan :


  • 1 sudu kecil nescafe
  • 1 sudu besar milo / coklat
  • Susu pekat manis (yg ni kena ikut selera sendiri)
  • Susu cair / susu segar (kena pandai ejas lemak dan manis dgn susu manis)
  • Whipped Cream-tak letak
  • 1/3 cawan air panas
  • Serbuk kayu manis-tak letak sebab anak akak tak suka
  • Air batu (jika mahu)-akak letak..
  • coklat rice/coklat urai (kali ni akak pakai coklat chip)

Cara-cara

1. Bancuh nescafe, milo dan air panas hingga sebati.
2. Masukkan susu manis dan susu cair kemudian kacau lagi.

3. Lepas tu anak masukkan air batu dan bahan diatas ke dalam blender dan blender sampai hancur.
4. Kemudian masukkan coklat chip dan blender sampai halus dan bolehlah dihidangkan. Taburlah coklat chip buat hiasan.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...