OOO

Memaparkan catatan dengan label air/jus/minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air/jus/minuman. Papar semua catatan

Isnin, Mei 10, 2010

Monrods Ice Blended

 Sedap tau bila minum bila cuaca panas..akak ambil resepi ni dari Majalah Saji.
 Bahan-bahan
  • 200gm ais kiub
  • 2 keping biskut oreo
  • 50ml susu segar
  • 50ml whipping cream
  • 2 sudu besar serbuk milo
Cara menyediakan
1.  Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali whipping cream dan kisar halus.
2.  Akhir sekali, hiaskan minuman menggunakan whipping cream dan serbuk milo.
3.  Boleh juga di tambah 2 keping biskut oreo sebagai hiasan.

dah rasa..mak buat lagi..imran suruh akak buat lagi..
mesti sedaplah tu..

Ahad, April 11, 2010

Bahana kencing tikus

 Akak memang suka minum air tebu..hendak-hendak bila bulan puasa ataupun bila cuaca panas..suami akak memang tak galakkan sangat akak minum air tebu ni..macam-macam yang dia kata...

la ina...kan tebu tu peniaga suka  letak atas pasir ataupun bersandar kat pokok..lepas dia tinggal berhari-hari..pastu bila di kencing dek anjing ataupun kucing...nanti di serap dek tebu tau..sebab tebu kan macam span..dia serap apa ajer benda  yang berair.

Akak buat pandai ajer...masih suka minum air tebu...tapi bila dah baca email ni..terasa takut jugak lah....cuba baca dengan penuh perhatian...lepas tu fikir logik ker idak tau?

Bila tersebar berita mengatakan arwah Din Beramboi mula-mula di jangkit penyakit angkara penyakit virus kencing tikus..gemparlah sekejap ek..

Menurut pengirim e mail rupanya dah banyak kematian di sebabkan virus kencing tikus ni dan kebanyakkan orang cina.

Kebetulan beliau mempunyai se orang rakan cina yang kaya raya.  Anak saudara dia meninggal dunia di sebabkan penyakit ini.  Anak saudara beliau (akak namakan R) memang aktif bersukan dan kegemaran dia suka minum air tebu.  R tinggal di perumahan "gate community" ..bila R meninggal....keluarga beliau merasa amat kehilangan dan tidak percaya dengan kejadian yang menimpa mereka.  

Keluarga ini memang amat cerewet tentang pemakanan dan tidak menyentuh minuman keras dan "soft drink".  Mereka cuba mencari punca kematian anak mereka dan apa yang hasil mereka dapat amat memeranjatkan.  Anak malang keluarga ni memang suka minum air tebu.  Selepas bersukan, air tebulah di cari.  Ini di akui oleh rakan-rakan dan penjual tebu sendiri.

Apa pulak kaitan air tebu dengan kencing tikus ek?  Begini,  Tebu kan di bawa dari luar bandar dan di bawak ke sini mengguna lori.  Sampai ajer di tempat pemunggahan...tebu akan di sandarkan merata-rata..di tepi longkanglah, di tempat agak lembap, di belakang kedai ataupun di tepi pokok tempat peniaga berniaga.
 credit en google..
Bukan senang nak menghabiskan tebu dengan se kelip mata.  Mungkin ambil masa berhari-hari ataupun pun berminggu-mingguataupun berbulan-bulan.  Selepas 2-3 hari di letakkan di situ..selalunya akar tebu akan tumbuh..dan tempat-tempat macam nilah tikus suka bermaharajalela.
Kadangkala tikus yang di jumpai lebih besar dari kucing.

Kesimpulannya tikus memang suka dengan rasa tebu yang manis itu.  Bila sang tikus dapat  makan tebu..kat situlah tikus melepaskan air kencingnya dan di serap pula oleh akar tebu tadi sebagai "survival" dan bila air tebu di proses sebagai air minuman secara terus (sebab air tebu tidak di masak)berkemungkinan juga mengitar semula virus kencing tikus tadi.

Betul atau pun tidak wallahullam.  Apa pun cuba kita fikir secara logik dan "simple sciene of life cycle".  ?Suratan atau kebetulan...ibarat kata Nabil...Lu fikirlah sendiri"

Bia baca pasal letpospirosis(virus kencing tikus) kat suratkhabar Utusan Malaysia..lagi lah akak percaya..pastu ada pulak kisah pelajar Univesiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI) yang terpaksa di potong dua b elah kaki serta sebelah tangan akibat virus ni. 

Belilah Mingguan Malaysia hari ni untuk baca kisah selanjutnya dan juga langkah pencegahan..jangan beli sebab nak baca gosip artis ek..

Tapi kan..kalau akak pergi ke kedai runcit..pastu akak ternampak ada tikus yang besar berlarian ke sana ke mari..akak takkan pergi lagi ke kedai tu..terutama bila nak beli kelapa..takut weiiiii..

Bila  akak gi ke medan selera ...pastu tenguk tikus (bukan kecik yer..gemuk gedempul) berlarian...aduhai naik loya akak tenguk..nak makanpun tak lalu....sebab tulah suami akak kata akak cerewet..nak makan memilih tempat...orang lain makan selamba ajer..nak buat camner..tak leh telan..

p/s  Tin berisi makanan perlu di basuh sebelum di buka bagi mengelakkan terkena kuman leptospira akibat penyakit kencing tikus hendak-hendak bila beli di kedai runcit yang banyak tikus berkeliaran...takutnyaaaaa

Sabtu, Ogos 29, 2009

Buat air longanlah pulak (buah mata kucing siam)

Beli buah longan ni masa hari ke 3 puasa..kalau tak silaplah...tapi tak habis-habis...takut rosak akak buat air longan...senang aje nak buat...

Kopek pastu masuk periuk...

masuk kan air (agak-agak) gula putih ...

gula nisan/gula kabung/gula merah (pun agak-agak aje) dan daun pandan yang disiat dan di ikat. pastu masak sampai pekat sikit....tapis..tapi sebelum tu keluar isi longan ni dulu dan bolehlah di buat air...bubuh pulak air batu...

Mochacino aka ice blended


Buat mochacino aka ice blended ni hari selasa rasanya...hari minggu lepas imran ikut abang dia gi pasar ramadah beli kueh...memang akak tak pernah buat kueh bulan puasa...semua beli...imran nampak ada orang jual ice blended ni..abang dia tak layan...buat apa nak beli...nanti sampai kat rumah cair...tentu tak sedap...baik buat sendiri kan...

Bahan-bahan :


  • 1 peket nescafe 3 in 1
  • Susu pekat manis -kali ni tak letak
  • Susu cair / susu segar (kena pandai ejas lemak dan manis dgn susu manis)
  • Whipped Cream
  • 1/3 cawan air panas
  • Serbuk kayu manis-tak letak sebab anak akak tak suka
  • Air batu (jika mahu)-akak letak..kalau idak tak jadilah ice blended..
  • coklat rice/coklat urai (kali ni akak pakai coklat chip)

Cara-cara

1. Bancuh nescafe dan air panas hingga sebati.
2. Masukkan susu cair kemudian kacau lagi.

3. Lepas tu masukkan whipped cream , coklat chip, air batu dan bahan diatas ke dalam blender dan blender sampai hancur.
4. Kemudian masukkan coklat chip dan blender sampai halus dan bolehlah dihidangkan. Taburlah coklat chip buat hiasan.

Tertunailahhasratdihati imran dan ira dapat minum ice blended ni...kan best mak buat dari beli..akak puji diri akak sendiri...

Rabu, Mei 20, 2009

Mochacino lagi


Buat mochacino lagi..dah buat lama dah..tapi terlupa nak post...tak kisahlah tu ..janji bubuh kat blog nanti senang nak refer balik...memang enak..anak-anak yang buat...

Bahan-bahan :


  • 1 sudu kecil nescafe
  • 1 sudu besar milo / coklat
  • Susu pekat manis (yg ni kena ikut selera sendiri)
  • Susu cair / susu segar (kena pandai ejas lemak dan manis dgn susu manis)
  • Whipped Cream-tak letak
  • 1/3 cawan air panas
  • Serbuk kayu manis-tak letak sebab anak akak tak suka
  • Air batu (jika mahu)-akak letak..
  • coklat rice/coklat urai (kali ni akak pakai coklat chip)

Cara-cara

1. Bancuh nescafe, milo dan air panas hingga sebati.
2. Masukkan susu manis dan susu cair kemudian kacau lagi.

3. Lepas tu anak masukkan air batu dan bahan diatas ke dalam blender dan blender sampai hancur.
4. Kemudian masukkan coklat chip dan blender sampai halus dan bolehlah dihidangkan. Taburlah coklat chip buat hiasan.

Khamis, April 23, 2009

Smoothies Mangga


Sekarang ni musim mangga...tapi dari siamlah....bukan dari malaysia...murah giler...bila ambil imran kat sekolah .....ada orang jual buah mangga ...RM10.00 untuk 5 kg...akak beli RM5.00 pun dah berlambak....jadi bila cuaca panas akak buat smoothies mangga...nyamannya bila minum...si imran yang suka minum ni.....ikut resepi strawbery hari tu...


Bahan-bahan


  • 3 biji buah mangga
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1 cawan kiub ais
  • 1/2 cawan krim putar-akak tambah sendiri
Cara-cara

1. Buah mangga di buang kulit dan di basuh. Ambil isi sahaja.
2. Blend buah mangga dengan susu segar sehingga hancur semuanya.
3. Masukkan kiub ais dan blend lagi sehingga ia menjadi halus.
4. Masukkan gula pasir dan krim putar dan blend lagi sebentar.
5. Siap untuk dihidang. Hiaskankan dengan belahan buah mangga.


Adussss masa terasa keenakannya...

Isnin, April 13, 2009

Strawberry Smoothies


Memang nyaman di tekak minum strawberry smoothies ni...sedap...bila dah tambah whipped cream tu ..boleh di simpan sampai malam..akak buat masa tengahari...dapatlah 3 cawan...akak lupa pulak ambil resepi ni kat mana...tapi terima kasihlah pada sape yang sudi tepek resepi ni...tak yah lagi beli kat luar..

Bahan-bahan
  • 5-6 biji buah strawberi
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1 cawan kiub ais
  • 1/2 cawan whipping cream-akak tambah sendiri
Cara-cara

1. Blend buah strawberi dengan susu segar sehingga hancur semuanya.
2. Masukkan kiub ais dan blend lagi hingga ia menjadi halus.
3. Masukkan gula pasir dan whipping cream dan blend lagi sebentar.
4. Siap untuk dihidangkan.


Ahad, Mac 01, 2009

Mochacino oh mochacino



Gi kat rumah si halen yang duduk di kay kay, sabah tu akak tertarik nak buat http://myluvlykitchen.blogspot.com/..memang sedap..akak tambah coklat rice..yang buat bukan akak tapi anak teruna akak nombor 2..dia blend semua sekali...pastu paipkan whipping cream...adus...mcmmana nak kurus ni...


Bahan-bahan :


  • 1 sudu kecil nescafe
  • 1 sudu besar milo / coklat
  • Susu pekat manis (yg ni kena ikut selera sendiri)
  • Susu cair / susu segar (kena pandai ejas lemak dan manis dgn susu manis)
  • Whipped Cream
  • 1/3 cawan air panas
  • Serbuk kayu manis-tak letak sebab anak akak tak suka
  • Air batu (jika mahu)
  • coklat rice/coklat urai



Cara-cara :

1. Bancuh nescafe, milo dan air panas hingga sebati.
2. Masukkan susu manis dan susu cair kemudian kacau lagi.

3. Tambahkan sedikit air kosong jika tidak mahu mochacino sejuk. Kalau hendak sejuk tambahkan ais.

4. Tarik mochacino tadi hingga berbuih seperti teh tarik tp jgn terlampau banyak.
5. Paipkan krim di atas mochacino tadi dan tabur dengan serbuk kayu manis.
6. Siap sedia utk diminum..



Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...