OOO

Khamis, Mei 28, 2009

Roti Serikaya


Kat rumah member-member blog dah ramai dah buat roti ni....akak baru buat hari sabtu yang lepas..pasal 2 orang anak balik ke rumah...barulah best sikit makan roti yang gebusss ni ....makan pulak panas-panas...tapi adunan dia lembut sesangat..payah nak membulatkannya...atau akak tersalah sukat air ais tu...tak apalah..janji sedap dan bau dia semerbak satu rumah...Resipi dari FP Rincchan tapi akak c & p dari rumah ah mat gebu http://tiffinbiru.blogspot.com.

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya-memang ada stok..tapi dah expired pulak date dia..akak ganti dgn badam cincang.
Seri kaya secukupnya-akak pakai serikaya home made tu pastu bubuh paste pandan

sedang di bakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan.
baru keluar dari oven

tenguk tu...betapa gebussssssssssnya roti ni

1 ulasan:

  1. sana sini orang dok asyik meroti aje. bila le saya punya turn pulak..hihi

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...