OOO

Selasa, Julai 14, 2009

Ayam Goreng Pedas (Resepi Asal Daging Grill Pedas)

Tukar namalah pulak ..nak panggil apa ek...ayam ni lebihan dari ayam goreng yang di buat ala-ala kfc...tapi anak-anak akak tak berapa suka makan tang isi ....jadi akak buatlah ayam ni mcm daging grill pedas tu....sedap jugak rasanya..

Bahan-bahan
  • 2 ketul isi ayam yang di goreng mcm kfc-di hiris tipis
Bahan-bahan sampingan
  1. 1 biji bawang besar-hiris memanjang
  2. 2 sudu besar gula
  3. 2 sudu besar sos ikan
  4. 2 1/2 sudu besar air limau nipis-guna air limau kasturi aje
  5. cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (akak bubuh 3 biji aje)
  6. 1 biji cili hidup-akak hiris serong
  7. sedikit serbuk cili kasar
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula ayam yg dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.

Buat sambal kerang..


Malam imran nak minum iced blended...akak suruh yana buat...guna susu cair, air batu, sedikit susu pekat dan coklat masakan.

3 ulasan:

  1. Macam kerabu ayam ke kak? best la nampak...

    BalasPadam
  2. salam huda engku...ala masak biasa-biasa aje..

    salam blogresepi...boleh kot panggil kerabu ayam...akak pun tak tahu nak panggil apa...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...