OOO

Rabu, Julai 01, 2009

Chicken Pie-Pai Ayam

Mula-mula cadang nak buat popia inti kentang ikut resepi mummy jam...bila dah siap masak inti..anak-anak request nak makan pula chicken pie...pasal mereka teringat kesedapan chicken pie yang di makan di rumah member blog nama sya di bandar baru salak tinggi...akak pakai aje inti ni. Ambil resepi dari rumah rinnchan..akak c & p aje..

Bahan-bahan inti
  • 5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 2 biji bawang putih, dicincang
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Secubit serbuk lada hitam kasar
  • 5 tbs daging cincang
  • 1/2 cwn bawang goreng
  • Sepokok daun saderi, dicincang-tak letak
  • Sepokok daun bawang, dicincang-tak letak
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak utk menumis

Akak tambah-2 sudu besar whip cream
dan 2 sudu besar susu cair.

Cara-cara:1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.

Buat kulit ikut resepi dalam majalah saji bulan Julai 09--nak mintak resepi dari sya seganlah pulak...pasal dia dah expert tentang buat chicken pie..siap ambil order lagi...sape yang tempah boleh gi ke blog dia...tapi dia ada bagi tau jugak mcm mana dia buat kulit pie tu....dalam resepi tu tak bubuh pastry marjerin..akak tambah sendiri...macam tak konfiden boleh jadi..akak buat separuh dari resepi yang diberi..nanti tak jadi..taklah terbuang. Akak buat cara akak..tak ikut resepi kat dalam majalah tu..

Bahan-bahan untuk pastry

  • 500gm tepung gandum
  • 500gm tepung diamond (akak gunakan tepung roti-sape tahu apa ke benda tepung diamond ni -- bagilah tau akak ye)
  • 150gm mentega-akak potong kecik-kecik
  • 10gm garam
  • 500ml air sejuk
  • 1 biji kuning telur
akak tambah - 500gm pastri marjerin
1 biji kuning telur-untuk di sapu di atas pastry
Cara Penyediaannya

1. Masukkan kedua tepung ke dalam bekas dan masukkan mentega yang telah di potong kecil dan ramas dulu dengan tangan sampai jadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur dan garam dan barulah di tuang air sejuk sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
3. Biarkan 15 minit barulah di canai dan di letak pastry marjerin di tengah dan lipat (single & double) teknik macam nak buat croissant-rujuk kat resepi dulu kat label roti.
4. Simpan di dalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam.
5. Tabur sedikit tepung barulah di canai nipis-nipis dan di masukkan ke dalam bekas pie..masukkan inti dan tutup atas pie dengan pastri. Sapukan kuning telur sebelum di bakar. Kalau nak lawa .. campurkan sedikit pewarna kuning telur.
6. Buat sehingga habis dan bakar dalam suhu 190 F selama 30-45 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Dapat lebih kurang 14 biji-dapatlah merasa 2 biji seorang. Apa macam sya...sama tak mcm sya buat..nanti bagi komen ye..

16 ulasan:

  1. salam ina, wui.. dah nampak mengancam sangat pie tu. mesti rasa pun sedap. ni yang buat kpah rasa nak buat juga ni.

    BalasPadam
  2. Ina tak tau le sama ke tak sebab tak rasa.. he he he kena rasa jugak. Anyway tak sama cara sya ngan sebab inti sya guna ayam bukan daging and kentang cuma potong persegi tak dilecek, selain dr tu sya guna sayur campur plus cendawan dlm tin. Tapi sya letak whip krim dan sedikit susu UHT.

    Untuk pastri tu bahan yg Ina guna lebih banyak... sya cuma guna 500 gm tepung gandum.. 250 gm pastri margerin dan 10 gm butter n air garam.

    Pastri tu yg penting cara buat dah lipatannya utk jadikan ia berlapis-lapis. Sya amik masa dlm 3 jam utk sediakan pastri yg baik

    Nanti kalau kita jumpa kat KL sya terang lebih detail k

    BalasPadam
  3. mm.. buat owg menelan air liur jer... nk buat x mungkin menjadik... beli ajelah...

    BalasPadam
  4. sat lagi nak gi bakery lah...nak beli chicken pie. nak buat mmg tak tau!!

    BalasPadam
  5. kak ina..
    cantiknyer nampak chicken pie tu!!pandai k.ina buat..memang k.ina ni sengaja buat kita terliur..hiks..

    BalasPadam
  6. kak ina...
    sekejappan...dah siap menu baru pulak...banyak masa sungguh kak ina ni di dapur...

    BalasPadam
  7. salam kakpah..cuba jangan tak cuba..

    salam sya..tulah beza orang expert dengan org yang pertama kali buat..tak apa lain kali akan di improve resepi ni..tang pastri tu memang ingat nak buat mcm doh croissant tu..tapi dah petang..takut tak sempat..lain buat dulu pastri dan simpan dalam peti ais.

    nanti kita bertentang matalah..senang nak cerita tentang chicken pie ni.

    BalasPadam
  8. Salam kak ina jgn lupa ambik award kat blog watie...tak jawab tag pun tak pe...memang akak patut terima...super mom....flaky nampak pie crust tu!!!

    BalasPadam
  9. salam kabussenja..kalau tak cuba mana nak tahu boleh buat atau tidak?akak ni main cuba aje..setakat insyallah jadi. tapi kalau makannya seorang baik beli aje.


    salam ain..gilah beli kalau penyakit M banyak..akak pun kdg-kdg mcm tu jugak..

    salam eiyda..alahai kesiannya kamu ni..cubalah buat..tapi memang remeh tau.

    salam nj..skrg ni ada assistantlah kat rumah ..jadi dialah yang tolong. Lagi pun semua ada kat rumah. Akak buat hari minggu hari tu.

    BalasPadam
  10. aduiduiii mengancamlah kak...nnt sy dtg umah akak,akak buatkan tuk jamu saya ye...heheheee gelak,gelak jugak...serius ni tau...

    hai yana nnt dah sampai ke india nangislah biler masuk blog akak...sure dia terase2 masakan mak dia...

    BalasPadam
  11. Uish..gambar close up tu mengancam lah Kak Ina... rasa lapar tibe2 tgk pai nie...

    BalasPadam
  12. salam watie..nanti akak ambik ye..tqlah bagi..

    salam fiza..datang nak jamu ni..kalau akak seorang akak malas nak buat..kena ada orang tolong..ni pun yana yang tolong..remeh tau..

    salam blogresepi..alahai kesiannya dia lapar..gilah sarapan apa-apa pun.

    BalasPadam
  13. salam tuan rumah..
    dr blog kak sya..rajinnya masak.
    siap buat cicken pai lagi.

    x sabar tunggu isnin depan nak rasa chicken pai kak sya..hehe

    BalasPadam
  14. salam irfa..baguslah dah regular customer sya..semuga bisnes beliau bertambah maju.

    BalasPadam
  15. salam... Kak Ina tak sangkalah pulak, cari-cari resepi pai tetiba terjumpa resepi pai kak ina, bolehlah cuba bulan ramadhan ni.

    BalasPadam
  16. Tepung roti tu camna ye? Sy tanya kat kedai, dia org kata tepung high protein. Sy cuba buat tapi pastri tak menjadi. Jadi keras. Ape sebab ya?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...