OOO

Jumaat, Ogos 07, 2009

Burung Dara Goreng

Tenguk tang kaki burung ni macam nak nari ballet pun ada...

Jangan gelak akak panggil nama ni...kat indonesia kalau burung puyuh mereka memang panggil burung dara..dulu masa mula-mula sampai kat sana..bila gi C4 akak lalu bahagian ayam...bila nampak burung puyuh ni di panggil burung dara..akak tergelak...dara selamanya...kalau orang perempuan camtu kan best...

Oleh sebab burung puyuh ni daging dia agak liat...jadi kena rebus dulu..dalam 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada banyak atau sedikit burung yang nak di rebus..akak gunakan resepi ayam penyet.

Bahan-Bahan

  • 6 ekor burung puyuh yang telah dibersihkan.
  • 2 - 3 liter air
  • 3 batang serai, bahagian putihnya sahaja, dititik
  • 3 hiris lengkuas, dititik
  • 6 biji bawang putih, dihiris
  • 1 sudu makan ketumbar, ditumbuk kasar
  • ½ sudu makan jintan halus (jintan putih), ditumbuk kasar
  • 1 ibu jari halia, dititik
  • 4 helai daun salam
  • 4 sudu makan rata, gula Tanjung-tak letak sebab takut sup jadi manis
  • 2 sudu makan rata garam

Cara-caranya

1. Basuh burung bersih dan lumur dengan tepung gandum...biarkan sebentar..baru dicuci kembali dan di toskan.
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, kecuali burung puyuh.
2. Gaul rata dan rasa. Jika kurang garam tambah sedikit lagi.
3. Setelah puas dengan rasanya. barulah dimasukkan buruh puyuh.
4. Masukkan air sehingga menutup burung puyuh.(agak-agaklah)
5. Jerang periuk diatas dapur dengan api yang sederhana besarnya.
6. Rebus sehingga 45 minit atau sehingga empuk...kalau belum empuk tambah air lagi.
7. Matikan api. Keluarkan burung puyuh dan masukkan didalam tapisan.
8. Biarkan sehingga ia benar-benar sejuk.
9. .Goreng dengan banyak minyak..jangan lama..cukup bila dah berwarna kuning.

5 ulasan:

  1. Hi, it's a very great blog.
    I could tell how much efforts you've taken on it.
    Keep doing!

    BalasPadam
  2. hei,burung dara dah ternoda oleh kak Ina. he he he

    BalasPadam
  3. siannya burung dara tu. tak sempat le nak berlaki.hehehe

    BalasPadam
  4. helle olive..tq ...please come again..


    salam gerau....bukan aje ternoda dek akak tapi dek hb akak jugak...auuuuuu

    salam ain....yelah tu..tak sempat pun naik pelamin.

    BalasPadam
  5. Slim2 belake burung dara kak ina neh ha... sedap ye kak daging burung puyuh. kite mase kecik je pernah rasa :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...