OOO

Jumaat, Ogos 21, 2009

Keropok lekor jiya


Dah lama dah nak cuba buat keropok lekor si jiya ni..tapi penyakit M banyak sangat...bila bukak peti ais tenguk ada ikan sardin yang dah lama tak di masak..sayang pulak...dengan terpaksa ..akak siang dan buatlah keropok lekor ni...senang aje nak membuatnya...buat petang semalam...malam tadi goreng...dah habis dah..nanti kalau penyakit R banyak..bolehlah buat lagi..resepi ni ambil dari blog ijan - blog resepi tetapi resepi asal dari umah cik jiya di jay bee...dia kata resepi dari nenek dia..terima kasih ye jiya aka 14 sept..

Setelah di gaul semuanya

Bahan-bahan

  • 1kg ikan selayang/ kembung
  • 5-10 ulas bawang putih
  • 1kg tepung ubi/kanji
  • 2 cawan tepung gandum (kite guna 1 cawan jer)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • Air
Dah gentel ni macam hotdog pun ada ruper dia..pedulilah..janji enak di makan...

Cara-caranya
  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli…
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²… Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer…
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.
Setelah di rebus....kalau nak makan camni pun boleh...

cicah pulak dengan sos ni...beli kat terengganu masa gi hantar anak buah ke kb..

post signature

7 ulasan:

  1. wah sedap nampak kopok lekor kak ina ni.

    nak cuba? hehehe. bulih jugak ni kalau time rajin melanda. raya nanti kut hehehe.

    TQ akak for the recipe!

    BalasPadam
  2. wah..sampai kpok pun bole buat sendiri..clap..clap..clap..

    BalasPadam
  3. wahhh makan gitu jer ek kak ina. tak yah poton2 kecil2...

    BalasPadam
  4. Asal lekor nya tak sama yg kat pasar mlm 2? Takpe sy akan cuba. Nmpk cam senang je.. Mesti sodap niii.. Try la resipi pat blog saya.. Senang je. Pasta Cabonara & Hawaiian Pizza..

    BalasPadam
  5. salam mommy lyna..cubalah buat..senang sesangat..

    salam mummy 2 Haqq..saje je nak menerai..mula-mula tak rajin..tapi sygkan ikan sardin yg tersimpan lama dalam peti ais..terpaksalah buat.

    salam lupekanje...memanglah sedap..sebab tak ada bahan perisa.

    BalasPadam
  6. salam jiya..macammana nak potong..akak memang gentel kecik-kecik..senang nak makan dan menggoreng.

    salam mr fatboy slim..memanglah tak sama dengan pasar malam punya..akak gentel kecik-kecik..senang nak makan..insyallah nanti akak cuba resepi kamu pulak ye..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...