OOO

Rabu, Ogos 26, 2009

Resepi Mee Soto

Bila jejalan kat rumah ain...ternampaklah pulak mee soto..langsung terbuka selera tenguk mee soto ain tu...al maklumlah bulan puasa...bila nampak aje makanan dan minuman...ashik nampak sedap aje...kalau nak diikutkan resepi soto ni macam-macam viarasi..kali ni akak ambil resepi dari umah chef rozzan http://rozzan.blogspot.com/ di singapore..


Bahan-bahannya
2 kg mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur (akak taklah buat mee sebyk ni)
500 gm taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
100 ml santan pekat
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas , dititik
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
akak tambah : 1 kuib ayam dan 1 sup punjut adabi

Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu makan kunyit serbuk

Bahan2 Sampingan/Taburan

secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)
akak tambah-suhun di goreng dengan minyak panas

Sambal Kicap Cili Padi
25 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
125 ml (abt 1/2 cawan) kicap lemak manis
1/2 sudu teh gula (optional)
jus dari perahan 2 biji limau kasturi
(Kisar semua bahan2 dan perahkan jus limau)

Peraturan Membuat Kuah Soto:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga), serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata. Masukkan ayam, air, santan, gula dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Akak suka goreng ayam tu sekejap dan barulah di siat-siat.


Cara Menghidangkan Mee Soto
Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.



BAGEDIL (PEGEDIL)


Bahan-bahannya (akak buat separuh dari resepi)
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

Akak jarang (bukan tak pernah beli ye) beli bawang goreng kat kedai..suka buat sendiri.....lagi harum bau dia...selalunya lepas hiris bawang kecil tu akak lumurkan dengan sedikit tepung jagung dan sedikit garam..ramas-ramas sedikit barulah di goreng.



post signature

4 ulasan:

  1. fullamak..lg mengancam soto akak dr saya punya laaa. jeles ni.hihihi

    BalasPadam
  2. hmmm akak.. mgugat iman betul... kena cuba buat nih!

    BalasPadam
  3. kak ina...
    cepat sungguh update menu baru...yang dulu tak sempat habis norma buat...keluar lak yg baru kakak kita ni....mmmmm sedapnyeeee soto tu...TQ

    BalasPadam
  4. salam ain...jelous ke...kan sama aje rasanya..

    salam kella..cuba jangan tak cuba..



    salam nj....cepat ke???pepagi tak ada kerja..lepak depan pc ajelah..takut nanti anak-anak bangun..kena berebut dengan mereka..dahlah pc satu aje..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...