OOO

Ahad, Ogos 23, 2009

Potato Gratin


Ada member cyber yang pernah buat mashed potato macam ni...cik manggis rasanya..akak pun menerailah...apa nak buat masa bakar akak tak perasan terpusing masa yang salah...apa lagi rentunglah dia...tapi rentunglah pulak...rentung pun ..anak-anak kata sedap...makan bersama dengan ayam grilled lemon ...

Bahan-bahan untuk seorang

  • 1 biji kentang sederhana besar-akak ganda ke hingga ke 5 biji kentang
  • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
  • 1/4 ketul mentega tanpa garam
  • sedikit oregano
  • kepingan keju
  • susu segar
  • sedikit garam

Cara-cara


1. Rebus ubi kentang bersama air.

2. Bila dah masak masukkan ke dalam air bercampur air batu.

3. Kopek kulit dan lenyeklah hingga hancur.
4. Campurkan serbuk lada hitam, mentega, susu segar, garam dan oregano dan di gaul sebati.

5. Lepas di campur semua bahan-bahan sebati bolehlah di paipkan ke dalam ramekin.

6. Tutuplah dengan kepingan cheese.
7. Bakar dalam suhu 160-180 C sehingga cheese kekuningan.

Walaupun rupermu buruk .... tapi rasanya sedap....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...