OOO

Selasa, Ogos 11, 2009

Sizzling Yee Mee Lagi

Yang ni suami akak punya...

Buat lagi yee mee sizzling...kenapa di namakan sizzling..mungkin masa dalam pan panas tu bunyi dia sizz kot....sekarang kalau makan yee mee kat luar nak dekat RM5.00 sepinggan..kalau seorang ..kira okey lagi...kalau ramai..lu fikirlah sendiri.....
Selalu akak buat untuk sarapan pagi...best tau...berpeluh-peluh..tapi akak tak ada pan panas tu..pakai mangkuk biasa aje..

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih-dihiris nipis
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • lobak merah-akak tambah-potong panjang
  • bunga kobis-akak tambah-potong kecil
  • sawi-akak tambah-potong kecil
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan-akak tak letak..suami dan anak-anak tak suka bau dia...
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain- tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas

8 ulasan:

  1. salam kak, saye belum pernah cuba buat sendiri sbb rase cam byk sgt bahannya. insyaallah nak cuba guna respi akak nih.

    BalasPadam
  2. akak.. terror gak akak buat ya.. eemmm ni dah ada resipi ni...nak try buat gak la

    BalasPadam
  3. k.ina..chemp copy paste resepi akak ltak kat blog chemp nie..minta halal yer..tpp ni mmg paberet chemp lah...tq kak.muahhhh

    BalasPadam
  4. salam siti..memang kalau tgk mcm rumit dan byk bahan..padahal taklah sgt..tapi memang senang nak buat.

    salam cm..bukan terror..tapi dah kerna anak suka makan..dah jadi biasa dah.

    salam chempaqa..ambil ajelah..akak pun ambil orang punya.

    BalasPadam
  5. Kite ingat sizzling2 nie kena letak dlm pot tahan panas tu je... buat gini senang cikit... terus masuk dlm mangkuk...

    BalasPadam
  6. Salam Kak Ina....nampak senang je kan tp tu la selalu malas nak cuba, ini kene ubah perangai ni...ok boleh cuba

    BalasPadam
  7. king suka makan sizzling tp kalo tringin nak mkn. makan kat luar jek. hiks! 2 orang tak kesah la kan. kalo ramai lu pikir la sendirik. kihkihkih!

    BalasPadam
  8. k.ina sdpnye,cendawan tu yg cmneeh??
    aku ni xkenaicendawan sgt..hahahah

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...