OOO

Rabu, Oktober 21, 2009

Kung Pao Chicken Versi Pertama Lagikkk


 Rindu pulak nak buat ayam kung pao ni...dah lama tak buat..rasanya sejak yana gi....kadang-kadang bila masak ayam ..bahagian isi anak-anak tak suker makan..akak simpanlah dalam peti sejuk..tenguk-tenguk dah banyak..kan akak ada tepek 3 versi kung pao chicken ni..tapi akak lebih suker masak ikut versi pertama..


Bahan-bahan  A
  • 600gm isi ayam-dipotong kecik
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sos tiram-ikut keperluan
  • sedikit kicap pekat
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat  dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  • Lumurkan dengan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.
Bahan-bahan B
  •  100gm  kacang gajus ye-di goreng dan toskan minyak)
  •  30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  •  2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar-tak ada stok
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  •  minyak untuk menumis
  •  garam jika perlu
  • minyak bijan - 
  • sedikit seasoning maggi
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama  gajus yang telah digoreng. 
  5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
  6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi....anak akak suker meratah cam tu ajer...terutama yana dan ira...

8 ulasan:

  1. Aaaaarrrghhh, rasa nak ngap begitu aje! hihihihihi ;) Kak Ina dah makan ker???

    BalasPadam
  2. umah saya kalau buat kung pao ciken ni kak, tang kacang gajus tu berebut dulu..eheheh

    BalasPadam
  3. wah
    sedapnya tgk
    sng pon sng
    nt nk cuba la
    mesti cuba!!
    kak ina,mksdkan restorn y mn ek?
    maafla
    pending seket

    BalasPadam
  4. nampak macam yang kat Cozy house tu jer.. goreng ngan cili kering nyum nyumm... nanti leh try

    BalasPadam
  5. sedapp nyer.rrr......tapi tak der mase laa nak memasakkk.......gian plak..lama tak pegang sendukkk...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...