OOO

Khamis, Oktober 22, 2009

Membebel dan Sup Tulang (Resepi Puan Nor Kt)


Pagi tadi akak dapat sms daripada member blog bagitau ada si penciplak dah ciplak gambar masakan ..tak kisahlah dia ambil resepi sebab kalau dah tepek resepi kat blog kiranya orang dah kebenaranlah nak ambil resepi tu.......lagi pun takkanlah dah tepek resepi tak bagi orang ambil..kalau cam tu bawalah ke dalam kubur atau pun simpan dalam buku ajer buat rujukan sendiri.
rupernya dia dah ciplak dari tahun 2008..sebelum akak berkecimpung dengan dunia blog..
Kebanyakkannya gambar  dari blog member myresepi ...
Memang akak mengaku akak selalu ambil resepi dari member blog..kan akak baru nak belajar memasak macam-macam...kalau setakat masak biasa-biasa ajer akak tahulah tapi takkan tak nak cuba resepi baru.....tapi gambar yang akak ambil adalah gambar hasil masakan sendiri..tak cilok orang punya..

Buat empunya blog...cubalah try resepi tu dulu...ambil gambar...barulah puas hati sebab kalau dah bersilat kat dapur dan resepi  tu jadi dan sedap giler  pulak tu barulah puas hati...

Okeylah membebellah akak ni...kali ni akak masak sup tulang lagi..kali ni akak guna resepi dari Puan Nor di Kuala Terengganu...akak dah pernah cuba dulu...kali ni buat lagi..kat umah ni boleh dikatakan tiap-tiap minggu buat sup...sampai tak tahu lepas ni nak pakai resepi sapelah pulak...Nor minta izin c & p ye...

Bahan-Bahan
  • 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
  • 3 biji bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 in halia diketuk
  • 1 sup bunjut
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji ubi kentang
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 btg celery jika suka
  • 1 kiub pati ayam
  • air
  • bawang goreng dan daun sup 
  • akak tambah : karot di potong panjang dan bunga kobis--sebab malas nak goreng sayur lagi..

Cara-cara

  1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
  2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
  3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
  5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
  6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..

14 ulasan:

  1. mak aiii...sedapnya sup tulang tu!!!ni memang fav ima dan family...suka sgt,tapi ima ni je yang malas nak masak...hihihi

    BalasPadam
  2. memangggggg sedapp giler...
    makan plak panas2...
    perghhhhh...melanton-lanton...

    BalasPadam
  3. Amboiii k.ina sambil membebel pun dah siap sup seperiuk eh..Ya la kan, mmg la resepi di tepek untuk dishare pun..amik je laa..tp xyah la ciplak dengan gambor2 org punya sekalik! Agaknya orang tu x faham bahasa or xreti etika kot? Apa ke hal tu..? Masalahnya skrg, tuan pnya gambor ada hak nak bersuara..hak dia kan..Pokoknya yg ciplak tu kena la mintak izin or tggal pesan kat blog yang di CnP tuh..Emm, macam2 hal dlm dunia ni kan k.ina..Apapun, penat gak Ummi bebel nih..hehe..bak mai semangkuk sup k.ina tuuu..harum sup tu menerobos ke lubang hidung Ummi dah ni..^_^

    BalasPadam
  4. erm
    napak sedap sup itu
    bila la berpeluang nk rs air tngan kak ina ni:-)

    BalasPadam
  5. peerrrgghhh...sedap nyerrr..kalau dapat rase lagi sedapp...esok nak cari sup tulang la...:)

    BalasPadam
  6. Masa beraya di rumah ipar dia buat sup daging. Simpel je. makan dengan mihun taruk sambal kicap. Sedaapp sungguh.
    (Ina buat sup ni teringatkan pulak sup ipar tu)

    BalasPadam
  7. kak ina,
    kita setuju ape kak ina kata tu,betul laa tukan...agak nye org tu tak tau camner nak tepek gambar sendiri,tapi dia tulis per mane dia amek pic ngan resipi tu..kira orait laa tukan..
    pepun kita just nak share rahsia nak menyedapkan sup tulang nie..abah kita kalau buat dia buh sikit tepung dan titikan serai dan lengkuas..

    BalasPadam
  8. kak. hari tu dalam n3 sedara akak kawin tu, kita nak cakap, Bertambah lah sedara akak ek . Bukan bertambah sedar. Jangan salah sangka kak. Kita memang selalu silap taip. Itulah kerana santan pulut binasa, kerana silap taip, akak merajuk lak nanti. he he he. jangan merajuk ye kak.

    BalasPadam
  9. Salam Kak ina,
    lama xjengah umah akak nih! anyway...air liur tgh meleleh ni kak oiii tgk masakan akak nih..sup tulang tu sungguh laaa sedapnyee nampak..tp yg paling saya rasa terliur sekali ialah telur asin tuh....uwaaa..tu ari blk xsempat nk beli bawa balik sini.......huhuhhu

    BalasPadam
  10. salam ima..alahai bukan susah pun..mskkan air dan bahan-bahan..pastu guna api perlahan..pastu dah leh duduk kat depan pc..


    salam dd..memanglah sodap..senang pulak nak masak..ini kalau mood masak tak ada..akak masak yan ni ajelah...

    BalasPadam
  11. salam ummi..entahlah..benda ni nak kecoh pun..dia tak ambik gambar kat blog akak..tak tahulah nak cakap..ikut cerita macam dia dah buat resepi tu..kalau dah buat kenapa tak guna gambar sendiri..
    manusia ni rambut sama hitam (ada jugak yg nak jadi mat saleh) hati lain-lain..sabo ajelah..
    alahai ummi nak rasa masakan akak ker?ummi lagi terror dari akak..kalau idak takkanlah akak selalu ambil resepi ummi.

    BalasPadam
  12. salam hasni..alahai mcmlah akak ni msk sedap sgt..akak buat ikut resepi member cyberlah..belum pandai cipta resepi dan fofolur cam mat gebu dan ummi tu..


    salam kak pah..memang simple msk sup mcm tu..ina pun suker kalau buat sup bubuh bihun/mee pastu bubuh sambal kicap..terangkat u...

    BalasPadam
  13. salam dalia..nak jumper ke belum sup tulang tu?mesti best ekk dpt makan panas-panas..

    salam asma..malaslah nak panjangkan cerita..biarkan ajelah..nanti leh lah ikut resepi ayah kamu tu..terima kasihlah share secret recipes.


    salam geraugebang...nasib baiklah kamu dah betulkan statement tu..kalau idak memanglah akak terasa hati..al maklumlah dah tua ni..cepat bebeno sensitif..

    BalasPadam
  14. salam aramis..tak apalah klu lama tak datang..janji ingatkan akak udahlah..alahai keciannya dia..kenapalah boleh tak teringat nak bawak masa balik dulu..mcm tu kenalah tunggu balik atau pun kirim member yang datang kan...nak buat camna.dah duduk jauh di negara orang.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...