OOO

Selasa, November 10, 2009

Ayam Bakar Nasi Mandhi


 Ayam ni sesuai dimakan bersama nasi mandhi...Rasa ayam ni selepas di masak memang rasa masam-masam sikit....pasal bubuh lemon...rasanya memang sedap bila di makan panas-panas.  Resepi asal dari Puan Raidah tapi akak ambil dari rumah Ummi...Ummi ambil dari rumah Mamasya...puas ek resepi ni berjalan-jalan...
terima kasih dari akak untuk Raidah, Mamasya dan Ummi. Akak ceduk resepi ni dari rumah Ummi.



Bahan-bahan :-
  • 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )- Akak pn letak rempah kari mcm Mamasya gak..
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Aluminium foil.
Cara penyediaan :-
  1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit. 

    kaki ayam pun ader..dah favourite suami akak..akak letaklah jugak

    Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.




  2. 2. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. (akak susun separuh kat bawah dan separuh lagi kat atas) Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. **suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....
    Masa gi ke seri kembangan lalu kat Bukit Jalil...meriah sungguh penyokong Kelantan mengibarkan bendera negeri mereka...tapi tak bestlah..sebab kalah mereka porak perandakan Stadium Bukit Jalil.  Jangan marahkan bola...kerusi kat situ pun nak di bakar...akak tak bagi anak-anak lelaki akak keluar malam tu..beringat sebelum kena...pasal masing-masing jiwa remaja...cepat naik darah...

4 ulasan:

  1. Nak ayam gak...satu set ngan Nasi Mandhi...hihihi ;)

    BalasPadam
  2. sedapnyaaa!!! must try resipi ni. kena masuk list ni!!

    BalasPadam
  3. kak inaa.. jiyabawak pinggan kosong jek ni. hihihi!

    BalasPadam
  4. hai love..nak hantar jauhlah..buat sendiri tau.


    salam ain..cuba jangan tak cuba.


    salam jiya...dah lama dah masuk ke dalam indahwater.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...