OOO

Sabtu, November 28, 2009

Jelly Kelapa



 Dari hari ke hari nak buat jelly kelapa ni..tapi tak terbuat...kebetulan suami akak beli 2 biji air kelapa muda minggu lepas...akak dapat 1/2 dari resepi ni..akak tak campur air pun..memang sedap di tekak...terima kasih buat Nor di Kuala Terengganu kerna sudi tepek resepi...akak c & ajer..

Bahan-bahan

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Cara-cara

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.


# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

4 ulasan:

  1. sukee!!
    mak pun ada buat jugak. cepat sgt habis. haha

    BalasPadam
  2. air kelapa tak baik utk org period. nape ye?

    BalasPadam
  3. best nyer...pepanas ni, sodap menikmati jelly ni. tak sabarnye nk balik msia huhu....

    p/s: sempat lagi berblog akak ni :)

    BalasPadam
  4. salam nur nina...kat umah ni anak-anak lelaki tak sukerlah pulak..achik dan ira ajer yang menghabiskan.


    salam neem...tak tahulah kenapa?


    salam fairylilly...update tetap update..pasal tak balik kg pun..jalan-jalan area kl ajer..
    eh dah nak balik ker...????


    salam baby..kan kat situ tulis ikut keperluan...lagipun ni resepi untuk 21/2 botol besar...mestilah letak gula banyak tu..kalau tak nak buat macam akak...buat sebiji kelapa dan letak 2 sudu besar gula ajer..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...