OOO

Jumaat, Disember 04, 2009

Ayam Panggang Juara


 terhangus sikit ...dah setkan lagi 5 minit...rupernya timer rosak dan tak berhenti...bila terbau hangit..baru teringat..nasib baik tak rentung...tapi tang hitam tu yang sodapppp

Memang patut pun resepi  ayam panggang ni dapat juara dalam satu pertandingan  peringkat negeri johor..resipi ciptaan chef shamsul anuar yusof yang berasal dari Taman Perling, Jay Bee...
Oleh sebab jadi juara..akak  letak nama resepi ni ayam panggang juara ajerlaah..akak ambil dari majalah saji..akak perap dalam 3 jam pun rasa dia dah meletup...kalau perap semalaman lagi sodappp......ada rasa pedas, ada baru aroma daun limau purut dan rempah ratu...... kalau anak ramai kenalah masak 2 ekor...oh yer..... kayu manis dan rempah tu eloklah di rendam dulu baru di bkisar kalau idak susah nak hancur...
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam segar
  • 10 tangkai cili padi hijau
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih-akak tambah 2 biji lagi
  • 2 batang serai
  • 5 helia daun limau purut
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang*
  • 3 batang kulit kayu manis*-akak rendam dulu..baru kisar
  • 1 sudu beesar jintan putih*
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar halba campur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besa serbuk lada hitam-akak guna biji lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 5 sudu besar minyak zaitun
  • 3 sudu besar madu lebah.
  • akak tambah 1 inci halia

Cara menyediakannya
1.  Semua bahan-bahan tadi dikisar terlebih dahulu kecuali garam, gula,  serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
*Setelah hancur..akak masukkan yang lain seperti gula, garam, madu, minyak zaitun, lada sulah dan kisar lagi sehingga sebati.

2.  Kemudian bahan yang telah di kisar tadi di tuang ke dalam bekas dan di gaulkan bersama garam, gula, serbuk lada hitam serta serbuk lada putih sehinggan rata dan sebati.
3.  Kemudian ayam tadi boleh diperap selama 3 jam (lebih elok di perap semalaman)

 4.  Setelah di perap ayam tadi boleh di panggang di dalam ketuhar selama 40 minit dengan suhu 200C.
*akak panggang dalam 1 jam 15 minit dan di balik-balikkan sebab ayam yang akak beli agak besar.

biarkan air banyak cam tu ...nanti bila bakar dia kering..






4 ulasan:

  1. Apsal akak tak tunjuk hasilnya...Dan tunjuk sekali keenakan memakannya.. :)

    First time singgah sini

    ZOol
    http://ligakampung.com

    BalasPadam
  2. Salam kak ina, walaupun hitam tp sungguh membuak selera.. :0

    BalasPadam
  3. yang hitam tu, garing.. hehehee...

    www.sweetdarling79.com

    BalasPadam
  4. Yang hitam tu menawan kak...memang mengancam!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...