OOO

Khamis, Disember 03, 2009

Rendang itik lah pulak

 gambar baru..gambar lama dah hilanglah pulak
Dah lama sebenarnya masak rendang itik ni..tapi tak jumpa gambar bila nak update..masak sebelum raya...Bila masak rendang ni akak follow ajer resepi rendang daging lembu...sama ajer caranya...cuma daging itik liat sikit..kena masukkan air dulu bagi lembut baru boleh masukkan santan.   Sekarang ni kan..saper beli itik boleh kaya...mahal sungguh...
Bahan-bahan
  • 1 ekor itik-di potong kecil
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*
  • 15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik.
  • sedikit minyak
  • garam
 Cara-cara
1.  Bersihkan itik  dan toskan.
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 3 batang serai.
4.  Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk. 
6.  Kacau dan masukkan santan pekat.
7.  Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam.
9.  Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering.

8 ulasan:

  1. salam kakina...dolu2 pernah gak makan rendang itik2 MIL yang masak mmmmm.sedap gak mcm makan ayam pencen...masa tu MIL ade bele itik skrg dah tak jadi mmg dah lama la tak makan.....

    BalasPadam
  2. Ina...memang betul itik sekarang mahal...adik ipar kat kampung tu kalau raya aje mesti nak buat rendang itik...beratus ringgit jadinya...tapi bestt!!!

    BalasPadam
  3. ina..kat mane nak dapat itik sekarang ni ye..beli kat mane.akak paling suka makan rendang itik dulu senang dapat,beli ngan kawan yang keje veteriner.sekarang dah pindah susah nak dapat...dulu kalau beli itik tu..akak salai dulu..masukan serai yang dah ditumbuk dalam perut itik tu baru salai..dah siang itik tu..masa nak masak..perah santan ngan air kelape sikit untuk cepat lembutkan daging itik tu..itu petua yang akak dapat..saje kongsikan..kalau ina nak guna..

    BalasPadam
  4. ooo..itik mahal yer? tak pernah makan rendang itik ni, dulu masa kecik2, mak saya ada bela itik, dan itik tu suka main kotor, langsung saya tak makan itik sampai skrg ni...tapi telur itik suka la plak...he,he... (kalo nk dikira, ayam ke, itik ke,lembu ker, sama jer..suka main kotor)

    BalasPadam
  5. kak, itik gembo gembo ke kak? he he he. kat mana beli itik ni kak, beli hidup-hidup sembelih sendiri ke?

    BalasPadam
  6. Hello Kak Ina, this is the first time saya bacha rendang Itek. Lembu, kambing, ayam ada....tetapi itek, ha ha.
    But it sure looks delicious, boleh dapat the beautiful wangi dari sini pun.
    Lagi mana University or College you belajar ni itek rendang, ha ha. You are very good, kak Ina, outstanding!

    Have a pleasant week and apa nak masak esok? Lee.

    BalasPadam
  7. salam leya...skrg kan itik susah nak cari..kalau nak beli..kat giant, mydin ataupun jaya jusco..tapikan isi sikit..kalau beli pasar tani shah alam banyak isi..tapi mahal lah..RM38.00 seekor..


    salam aNIe...betul tu..memang mahal sesangat..tapi nak makan kenalah beli..tapi sekali sekala ajer...


    salam erna..beli mcm akak kata kat atas tu..klu ada member jual lagi bagus..


    salam erna..ooooo camtu ker..lain kali lehlah try ek...


    salam noorma..yerlah kalau nak difikirkan memanglah semua binatang kotor sebab tak mandi...ahaksss

    BalasPadam
  8. salam gerau..alahai manolah akak ado bela itik..camno nak sembelih...beli ajer lah..



    hai uncle lee...saya tak belajar tinggi tau...no uni..no kolej...belajar dari pengalaman...dulu pun tak pernah masak tau..skrg ni refer resepi kat cyber...tqlah you sudi read my recipes.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...