- Ina..kata nak beli ayam turki..
- Mahallah...tak mampu nak beli...se ekor nak dekat RM100.00 tau..kalau beli ayam biasa dapat 4-5 ekor.
- Tak apa..abang sponsor..lagi semua ada..beli hari ni Ira pun dapat makan sebelum balik asrama. Kat mana nak beli?
- Hari tu nampak kat Cold Stroge kat Wangsa Walk..dah siap potong. Senang nak masak.
- Okey..esok kita gi yer.
Dulu masa kami tinggal di Jakarta pernah jugak sekali masak ayam belanda ni..tapi kat sana lagi besar.
Lepas sarapan hari ahad...kami gi ke Cold Stroge...hampa sebab penjual tu kata.....
Lepas sarapan hari ahad...kami gi ke Cold Stroge...hampa sebab penjual tu kata.....
kak... tak sampai lagi stok baru..dah lama dah order..
Akak ajak suami cuber nasib kat C4 pulak. Nasib baik ada...dah rezeki Yana dan Ira dapat rasa.
Seekor ayam belanda yang belum di potong harga diaRM78.00. akak suruh penjual tu potong 16 ...pastu akak gi cari barang lain. Bila dah siap akak tenguk dia potong kecik-kecik.alahai...tapielok jugak.... senang nak bakar.
Kelam kabut akak di buatnya..sampai kat rumah nak dekat pukul 12.00 tengahari...beku pulak tu..kena rendam kejap......perap pun sekejap ajer...nasib baiklah sempat makan pukul 2.00 lebih.
Hem...ayam turki..... ni besar sangat sampaikan akak takut nak makan ..akak tak usik langsung biarpun semua kata sedap...Mereka makan dengan nasi minyak yang Yana masak.
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam turki-potong kecik
- 1 botol sos Master Food
- 6 biji bawang putih
- 2 inci halia
- sedikit lada hitam
- 2 biji ubi kentang di potong kecil
Cara-cara
- Tumbuk/kisar bawang putih, halia dan lada hitam.
- Basuh ayam belanda bersih-bersih dan toskan.
- Campurkan bersama sos Master Food dan perap 1/2 jam.
- Goreng ubi kentang sebentar dan campurkan kat perapan ayam turki.
- Bakar dalam masa 1 jam suhu 200C .(bergantung kepada oven masing-masing)
Buat air peach..ala..beli dalam tin ajer...pastu potong kecik-kecik.
Dadih beli yang siap punyer..kat kedai ada jual .harga RM4.00 lebih..dapat banyak sungguh...sampai Ira boleh bawak balik asrama dan bagi mak dan abah.
Akak luperlah nak ambil gambar paket dia..tapi memang sedap...nak buat pun senang..cuma guna, gula dan 1 tin susu cair. Dah mendidih tutup api..pastu tuang campuran dadih dan kacau selama 5 minit. Pastu tuanglah dalam acuan yang di sukai dan hiaslah ikut suker..lain kali boleh beli lagi...tapi kena pastikan orang ramai kat umah ni..
saya pun rasanya tak termakan kot ayam belanda ni.hihi
BalasPadamoppss...lupa...terigt citer mr bean yg dia termasukkan kepala dia dlm bontot turkey tu.hehehe
BalasPadamsaya biasa makan ayam comel jer, ahaks
BalasPadamsalam kak.ina..
BalasPadamgamaknya kalu kita wat doa selamat panggil jiran2..kompem cukup kan?..sy pon mcm akak jg, x tertelan kat tekak chek..huuhu
Salam
BalasPadamSaya adalah salah sorang 'silent reader' blog puan. Nak tanya you beli ayam turki ni , local atau imported. Sebab setahu saya kalau imported turkey di Malaysia semua ayam turkey n also turkey products tidak halal. saya pernah membaca kenyataan ini di dlam akhbar yg di keluarkan oleh pihak jakim beberapa tahun dahulu.
bestnya makan ayam belanda encik somi belanja. hehe
BalasPadamayam turkey?
BalasPadambiaq betui k ina. kagum2 lah
hasni biasa guna dadih segera tu
BalasPadamsedap kan kak
huhu
huhh...tengok gambar je..dh menelan air liur..sedapnyer..
BalasPadamerr.cantik sudu itik...bole pinjam..
wangsa walk ke wangsa link.. terconfuse kejap.. hehehe
BalasPadamanyway, tak pernah makan ler ayam turki ni, sereeeeem jer!
ahahha..
BalasPadammacam takut je kak ina..
besaq sangat naa..
ahaha..
sedapnyerrr......ayam turki. Kalu kat kampung bleh bela sendiri ayam kluk kluk nih...Dah besau bleh semboleh sendiri....hihihik
BalasPadamAssalamualaikum Akak
BalasPadamSaya adalah salah sorang 'silent reader' blog Akak.
Dan ini adalah pertama kali saya cuba masuk dlm ruang comment
Syukur, dikurniakan keluarga bahagia, zuriat yg cemerlang dan ada kelebihan bahagian memasak pula
saya nak tanya 'master foods mustard honey & herb marinade'tu halal ke
Wassalam
salam ain..tekak akak memang tak lalu..ada-ada ajer lah si mr bean tu..tak senonoh kan..
BalasPadamsalam mak su..samalah jugak dengan akak..suker yang kecik-kecik..
salam chempawa..panggil jiran tetangga mana cukup...lagi pun ayam mahal tak kan nak bagi orang makan..bengkrap suami akak nanti.
salam h4ni3...saper yang tak nak orang belanja kan..mestilah hati gembira tapi akak tak makanlah pulak.
salam lily..memanglah ayam turki..nak panggil ayam apa pulak lagi.
salam hasni..memang puas hatilah buat dadih tu..sedap bangat.
salam sally..memang sedap..itik tu cuma ada yang tu ajer..nak kasi pinjam tak leh lah.
salam amy...silaplah..sorry..akak dah edit tadi..
BalasPadamsalam Aus..memang besar tau..akak serammmm nak makan..
salam mamawana..kalau kat kg jangan cakaplah..ni kat kay ell..nak bela kat mana..dahlah duk umah atas..
salam rozali..takkanlah akak nak bagi anak-anak dan suami makanan haram..akak dah puas dah baca label dan tanya member yang duk kat australia.
Salam Puan Ina
BalasPadamSaya adalah anonymous yg tanya Puan berkenaan ayam turkey yg Puan beli tu. Saya harap Puan tidak salah faham saya bertanya samada halal atau tidak. Tujuan saya bertanya ialah saya mendapati kesukaraan membeli ayam turkey yg halal di Malysia sebab semua ayam turkey yg saya jumpa di pasaraya berdekatan dgn saya tidak halal. Jika Puan bole memberi tahu di mana Puan membeli nya bolehla saya ke sana untuk membeli sebab suami saya kadang2 tu teringin nak makan roast turkey terutama di musim perayaan Christmas.(beliau adalah seorg saudara baru). Saya harap Puan dapat memberi tahu saya dimana Puan membeli ayam turkey itu. Terima Kasih.
k ina nie mmg terror lah, mcm2 resepi ada
BalasPadamsalam semua... ayam belanda ni sedap rasanya... saya penah makan gulai kari ayam belanda... pergh!! lagi best daripada ayam daging... lagi plak, kalo ayam tu bela free range, lagi kaw, cam ayam kampung... jangan takut makan, ayam belanda ni lebih berkhasiat daripada ayam daging, dia memang besar tapi tak perlu suntik cam ayam daging. kalau nak beli, beli dengan penternak tempatan, boleh dapat murah dan dijamin halal. kat pasaraya, belum tentu halal. terutama waktu krismas. banyak dah penternak tempatan. cari di mudah.my banyak iklannya. kat penang, memang pusat ternakan la. senang je nak jumpa. lawat blog saya untuk maklumat penternakan ayam belanda.
BalasPadamSumber maklumat penternakan ayam belanda