OOO

Selasa, April 13, 2010

Ada aper dengan Adamaya (Episod 4)


Sana sinun sibuk orang bercerita tentang slot akasia Adamaya di TV3. Memang bestkan.... best lagi dari sinetron indon...sebab pelakun semua best-best.

Akak memang suka dengan Lisa Surihani(Maya)...anak akak pun peminat setia dia ni. Cerita ni di adaptasi dari filem keluaran MIG ...la cerita "I'm Not Single" yang di lakonkan oleh Farid Kamil dan Lisa Surihani tu...Lisa di kekalkan menjadi heroin dalam cerita ni.

Akak miss satu episod sebab gi ke Project Alpha kat Mutiara Damansara...lepas tu dah tak boleh miss lagi..episod ni semalam punyer...episod ke 4.

Terhibur pulak tenguk drama komedi romantik ni...tenguklah pelakon-pelakon dia...heroin si Lisa Surihani(Maya) dan si hero pulak Syed Hussein Ruffedge(Adam). Mula di tayangkan pada 6 April lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

Drama best ni ada 23 episod (nasib baik tak panjang..)dibintangi juga oleh para pelakon handalan lain seperti Faizal Yusop, Diana Amir, Dian P Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana dan ramai lagi. .
.

Sinopsis cerita (kredit kepada Berita Harian)

Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.


Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?


Nak tahu tak? Bagai nak rak akak tenguk cerita ni dari mula ..berhari-hari..berbulan-bulan..walaupun makin lama makin tak best ..tapi kena tenguk jugak....tapi bila last episod...boleh tak tenguk..

Nak tahu kenapa? Sebab kelam kabut tulis N3 Project Alpha tajuk My Favourite Sportlah..sebab tajuk pertandingan tu keluar belah petanglah pulak..selalunya tengahari....pastu sibuk suruh vote..langsung tak tak tahu apa yang terjadi? Suami akak kata Na O Mei tak tahu juga yang lelaki tu bapa dia..Betul ker?

11 ulasan:

  1. pB pun miss jugak finale episod Na-O-Mei tu ....

    Adamaya ni mcm best jer.
    Harap harap jangan lar meleret leret sampai hilang kesedapannya

    BalasPadam
  2. i pulak terbuka tv time final episod naomei, tp x tgk ler sebab x folow

    BalasPadam
  3. saya pun dah terjerumus tgk adamaya ni kak....bess pulak...dah satu keje, nak kena ngadap TV...hahahaha

    BalasPadam
  4. tak per kak. tak rugi pun tak tgk ending na o mei. tak best. banyak part tergantung la...cth, na o mei tak tau sapa bapak dia.. pastu punca adik na o mei pregnant...rasanya ada na o mei 2 kot...hehe..

    btw, cmna si nabila anak amy search tu bleh pregnant eh?ada sy miss ke? hehe

    BalasPadam
  5. betul kak ina...na o mei tak tau siapa bapa kandung dia sebab mak dia tak nak rosakkan program BBQ diaorang, lepas tu si Arman pi melamar si na o mei, tapikan ending dia tak berapa best sangatlah...saya klu tak dapat tengok kat umah saya tengok catch-up TV3 kat office...:)

    BalasPadam
  6. Ina...kita pun terlepas episod akhir tu...asyik ke hulu ke hilir jadi supir...terus tak sempat tengok...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Ina

    saya bab tv ni tak berua nak sempat tenguk
    tak tahu le perkembanagan

    Wassalam

    BalasPadam
  8. suka lisa surihani..suka adamaya..suka2..teringat kisah cintun2 dulu

    BalasPadam
  9. Hello Kak Ina, looks like a good show judging from the pics you have here.
    I miss seeing Malay movies....my time was P. Ramli, Jins Shamsuddin, Saloma, Kasma Booty, Siput Sarawak, to name a few.

    You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

    BalasPadam
  10. sy suka cte ni coz suka lisa surihani..sgt comel

    BalasPadam
  11. sejak sibuk dengan presentation ni
    semua xsempat nak layan

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...