OOO

Jumaat, Mei 07, 2010

Akak dah dapat dah

Best lagu ni...lagu kenangan akak dan suami ...



Seronok kan bila anak-anak ingatkan kita...sempena hari ibu yang jatuh pada 9hb. Mei ni..anak-anak dah bagi dah hadiah ...ala bukannya akak mengharapkan hadiah dari mereka..tapi bila dapat hadiah ni rasa bangga  ada .. terharu pun ada.

Biarpun ada orang kata kita tak payah sambut hari ibu..sebab hari ibu boleh di sambut bila-bila  masa tapi sebab anak-anak akak  pun terikut-ikut rentak zaman sekarang...mungkin promosi dari tv  dan suratkhabar membuatkan mereka sibuk nak bagi hadiah.  Zaman dah berubah kan..kalau tak ikut di katakan kolot lah pulak.
Bunga ni Russhdi beli kat Cameron Highland
untuk mak katanya sempena hari Ibu
yang ni pulak dari Imran aka anak bongsu akak anakbunt..ut....sanggup kumpul duit belanja semata-mata nak belikan akak hadiah ni..
yang kelakar dia beli sekali untuk ayah dia...akak nak gelak dah...ada ker patut di beli bunga..dia ingat ayah dia mat jiwang..atau mungkin imran tak ada pilihan ....al maklumlah  kat koperasi cuma jual gift untuk hari ibu..hari bapa belum lagi.bila hb akak tanya..nak ganti balik duit tak beli gift ni..dia kata tak payah..
Untuk anak-anakku..mak tak mintak hadiah..kalau dah bagi...terima kasih banyak sebab masih sudi ingatkan mak.  Ingat yer..yang paling penting...
 Dengar nasihat mak..walaupun sakit telinga dengar mak pot pet..pot pet..se tiap hari-hari.
 
Jangan kata mak bising bila mak jadi tarzan..sebab mak pun ada perasaan nak marah jugak.
 
Bila gi memana...ingat solat dan jangan lupa diri bila bawak motor..jangan merempit...kang kena saman..sape yang susah..ayah jugak yang susah sebab kena keluarkan duit...betul tak..nak harapkan mak...ishhh mak tak kerja..kerja berblogging pun income seciput..lainlah macam redmummy dan beautifulnara..dapat income ribu riban.alamak terlebih sudah...
 
Bila ada aweks aka girlfriend aka makwe atau pakwe...jaga maruah diri dan keluarga jangan nak ringan-ringan..berdosa...
 
Jangan lupa berdoa untuk kesihatan ibubapa (sebab  sekarang ni semua masih belajar...wang mengalir sentiasa) dan adik beradik termasuk diri sendiri supaya mak dan ayah dapat tenguk kamu berjaya dalam pelajaran, dapat kerja yang elok, berkawin dan dapat tenguk cucu.
    Ingat yer ....jangan lupa..

    20 ulasan:

    1. seronoknya kalau ada anak macam ni. saya ni belum fikir lagi nak bagi apa dekat mak. hehehe

      BalasPadam
    2. bestnya jadi ibu kan...
      bila la dd nak jadi seorg ibu plak nie...
      opssssssss...

      http://dd2909.blogspot.com

      BalasPadam
    3. tahniah kak...slmt hari ibu...
      risa juga tak tahu bila nak jadi sorang ibu..sonokkan bila anak2 pakat2 beli hadia walaupun tak minta...

      BalasPadam
    4. tersentuh hati ku ..

      waaaaa betui kak , mama zr selalu jgk pot pet.. naik pening kepala den , tp bile dh kawin, pindh umh lain.. rindu dgn itu pot pet.. rs cm x lengkap je hari2 ku...

      BalasPadam
    5. bestnya jadi ibu ek.
      firdaus kasi apa ek?

      BalasPadam
    6. hehe walaupun apa yg akak highlight kan utk anak2 tu ada berunsur lawak tetapi maksud dia adalah dlm.

      p/s tingat lagu dato shake tu dolu kwn2 sekolah dok melalak2 nyanyi utk panggil saya. nama kita kan dkt2 je ;)

      BalasPadam
    7. nasihat yang baik...tu yang selalu doakan tuk dorang...

      saya tak beli hadiah lagi kat mak and MIL. biasalah tak kerja... mungkin beli bunga masa pergi cameron jugak kot ahaks

      BalasPadam
    8. selamat hari ibu kak Ina..
      teringat ibu di rumah..
      tak tahu nak beli apa pula tahun ni untuk mama dan mak!
      ada idea tak kak ina? agak2 mak2 ni apa yg diidamkan eh...

      BalasPadam
    9. selamat hari ibu kak..wah bestnya dapat banyak hadiah hehehe

      BalasPadam
    10. baik mak!!!

      saya dengar cakap walaupun mak suka pot pet pot pet..

      agagagaga

      selamat hari ibu!!!!

      BalasPadam
    11. lagu datok shake sgt popular masa saya form 4...sampai ada budak form 1 masa tu kami panggil shake coz nama dia norasyikin.

      abt hari ibu...anak saya nurul dah mula komplen sb kawan2 dia minta tlg beli hadiah..banyak nak kena bawa p sekolah nanti...hihihi

      BalasPadam
    12. Special entry for mommiees...

      http://ctnurmarlissaa.blogspot.com/2010/05/special-dedicated-to-all-mommies-n.html

      BalasPadam
    13. Kak Ina, Happy In Advance Anniversary la yea..Tahniah, moga bahagia selamanya..waaahh awal2 dah dapat hadiah tu..hehe..Ummi suka gak dulu2 dgr lagu Datuk Shake ni..hehe..

      BalasPadam
    14. ahad ni hari ibu kan?? terigt kat anak2 yg selalu beri hadiah bila tiba hari ibu. now ni dh 2 org dok asrama. rasa mcm ada kekurangan je hari ahad nanti.hubby pun jauh. semoga saya boleh jd ibu yg baik utk mendidik anak2 saya.

      SELAMAT HARI IBU KAK INA!

      BalasPadam
    15. ina..ada juga lagu kenangan ye;;;insyaallah..anak2 tidak akan menghampan ibu bapanya..

      BalasPadam
    16. Alaaa..so sweetttt...Tentu seronok kan dapat hadiah daripada anak2 tersayang..Walau simple ja hadiah tu, tp sgt bermakna kan...
      Kak ina..Happy Mother day..

      BalasPadam
    17. Selamat Hari Ibu buat KakIna. kikiki geli hati Along baca nasihat KakIna, sempoi je tp penuh bermakna sebab straight forward je. Bagus nasihat cam tu. Syukur lah anak2 KakIna ingat pd ibu mereka, sure KakIna rasa bangga dgn mereka berkorban nak beli adiah tu. Along belum dapat ucapan apa2 lagi dari bebudak ni. They all tu selalu kasi hug & kiss je, tahun ni tatau lah ingat ke tak takda reaksi pun.

      BalasPadam

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...