OOO

Selasa, Jun 22, 2010

Selamat Ulangtahun Suamiku

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah
selamatkan suami tercinta..Allah selamatkan kamu.

Akak buat pulut kuning ajer..
Terima Kasih...besar hati bila suami berkata begitu.

Doa untuk suami dari isterimu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

2

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Khas buat suamiku...

15 ulasan:

  1. semoga hubungan semakin erat....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    Amin
    Amin
    Amin
    moga Allah memperkenankan doa hambaNya

    SELAMAT HARI LAHIR UNTUK KEKANDA KAK INA

    Wassalam

    BalasPadam
  3. selamat hari jadi utk cik abe kak ina (^_^)

    semoha dipanjangkan umur + dimurahkan rezeki + diberkati Allah selalu...amin.

    BalasPadam
  4. Salam Kak Ina,
    Selamat hari lahir buat suami kak ina, Esoh hb saya pula.Agaknya apa perangai org 'cancer'yg sama yea?

    BalasPadam
  5. Salam k.Ina, diucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat suami kak Ina, moga sentiasa dirahmati sepanjang kehidupan di dunia dan di akhirat, bertambah2 kasih sayang kepada kak Ina dan anak2...amiiinnn...
    Waaaahhhh ada puisi dari sang isteri untuk sang suami yeaaa....mesti berbesar hati suami k.Ina baca sambil bersuapan pulut kuning tu, kan..apapun, moga bahagia selamanya...

    BalasPadam
  6. omegod kak ina!!! i love the song...uhhhh..romantis tau kak ina ni... :P

    Selamat ulang tahun buat hubby kak ina yang tersayang..semoga beliau panjang umur dan murah rezeki... :)semoga hubby dan kak ina bahagia berpanjangan... :)

    Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA

    BalasPadam
  7. ya allah kak ina terharu angah tengok pulut kuning akak yum..yum...


    Selamat ulang tahun utk husband akak

    BalasPadam
  8. selamat ulang tahun kepada hubby akak...

    moga panjang umo murah rezeki.
    moga dikurniakan kesihatan yg baik2.
    moga rumah tangga akak n hubby berkekalan ke akhir hayat...

    BalasPadam
  9. so sweet kak ina..moga encik suami dipanjangkn umur dimurahkan rezki..amin...~

    BalasPadam
  10. salam kak,selamat ulang thn buat suami akak

    pulut kuning akak buat mesti sedap

    lagu Maher Zain tu saya suke!! sgt

    BalasPadam
  11. so so sweeT...chanTek puluT kuniNg tue....



    lagu tue toUching nyer..suker gak..

    BalasPadam
  12. Salam Ziarah kak ina,

    SUBHANALLAH mengenali hati seorang isteri menerusi rasa hati ini membuatkan diri berkata bertuahnya sorang suami ini..doa buat suami sentiasa mngiringi dgn seribu harapan..rumahtangga bahagia hingga akhir hayat..

    muga bahagia sampai bilaaa- bilaaa

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...