OOO

Khamis, Jun 03, 2010

Hari Ke 2..ke Batu Anam, Segamat

Suami adik ipar baru ajer bekrja dengan Felda di Palong 12 ni..mereka baru berpindah pada awal Januari yang lalu.  Dapatlah duduk rumah baru.  Felda yang bagi duduk sampai pencen. Pepagi lagi suami ajak balik ke rumah fil.
 Seronok pulak jalan pepagi...cuaca baik..udara bersih..lembu pun banyak berkeliaran bila masuk ajer dalam estet kelapa sawit.
Kali ni...biras dah bagi panduan camner nak jalan ikut sini..Kami ikut jalan dalam...tak ikut jalan Gemas...ikut Palong 4,5,6..pastu masuk perkampungan peneroka...seronok tenguk rumah peneroka yang dah bina rumah batu dan besar pulak tu....Lepas tu  masuk pula ke ladang getah dan kelapa sawit.

Bila lalu kat area ladang getah..suami dan fil bercerita balik tentang masa lalu..masa mereka masih duduk di estet di Tangkak.  Banyak kenangan di sana tu.  
 Tengah lalu  kat ladang getah...tiba-tiba suami berhenti bila nampak seorang makcik tengah sibuk menoreh getah. Dia suruh ambil gambar dan  bila nampak ajer makcik tu..dia  teringat arwah mak dia yang bersusah payah menoreh getah di subuh hari kerana hendak membesarkan anak-anak seramai 12 orang.  

Imran siap tanya...sebab dia masih kecil bila arwah mil meninggal sebab sakit tua.
  • Ayah kenapa makcik kerja camtu..
  • Atok Salmah pun kerja macam tu jugak. Nak bagi ayah sekolah.
  • Susah tak kerja camtu.
  • Memang susahlah..sebab kena bangun pepagi...gelap pulak tu.
  • Tulah sebab ayah suruh Imran belajar rajin-rajin..jangan susah macam makcik yang  menoreh getah.
  • Dia menoreh sebab nak cari duit...nak beli buku sekolah, nak bayar yuran.
  • Kesian kan makcik tu ayah. 
Bagus jugak sebab Imran dapat tau bukan senang nak cari duit bila duduk di kampung dan tak belajar tinggi



Akhirnya sampai ke Batu Anam tak sampai pun satu..lagi dekat ikut jalan ni dari ikut jalan besar...tapi malam tak boleh kot...sebab gelap dan jalan bengkang bengkok.

4 ulasan:

  1. bestnya lalu kampung pagi2..aman n nyaman jer..

    kalau ada kg macam tuh, bestnya..

    BalasPadam
  2. kak ina, sy pernah lalu jalan tu malam2... memg ader la kejadian yang x diingini berlaku, lagi satu byk sgt lembu2 berkeliaran...

    BalasPadam
  3. Bukan susah nak susah, bukan nak senang. walaupun getah sekarang dah mahal, keadaan getah murah dulu meninggalkan seribu satu kenangan.. apatah lagi masa tu umur belasan tahun saja,,...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...