OOO

Rabu, Julai 28, 2010

Kelalaian Membawa Padah

Berderau akak dengar cerita budak perempuan 2 orang yang jadi tawanan 3 orang yang tidak di kenali bila mereka tinggal  dalam kereta pastu enjin tak di matikan dan pintu pulak tak berkunci kat Kuala Kangsar kelmarin.  

Masa tu teringatkan  pulak kat anak perempuan akak ...kalaulah kena kat akak mesti kelam kabut di buatnya kan....tentu akak boleh terduduk ataupun meleleh air mata....sape yang tak panik bila anak tak kiralah anak lelaki ataupun anak perempuan  di larikan macam tu.   Mesti kita terfikir perkara-perkara yang bukan-bukan.
 Ibubapa mereka pergi ke kedai gambar ..dengar dalam Hot Fm adik Siti Haidar 6 tahun tengah tidur jadi kakak dia Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 16  tahun kesian pulak nak kejutkan adik dia.  Ia lah malam kan ..masa tu pukul 9.30 malam. Mak dan ayah mereka gi ke kedai gambar.  Tak sampai 15 minit (dlm kosmo)..(dalam harian metro 5 minit..mana satu yang betul ek) ..bila mereka nak gi ke kereta...kereta  bersama anak mereka dah hilang. 

Camnerlah agaknya keadaan mereka berdua tu..mestilah gabrakan bila orang tak di kenali tiba-tiba masuk ke dalam kereta itu.

Jauh jugak mereka di larikan dalam 20km sebelum di tinggalkan kat tempat gelap di Liman Kati kat situ.  Nasib baiklah pada kira-kira 11.20 malam, mereka di jumpai oleh seorang lelaki yang baik hati kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar. Ishhhhhh..serun rasanya.

Nasib baik juga  pencuri tu masih punya timbang rasa siap kata,

" Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka."

Siap bagi duit lagi, kunci rumah dan lampu picit. 

Kalaulah pencuri tu berhati kering..tentulah terjadi benda yang buruk..al maklumlah anak dara sunti ada dalam kereta tu..kalaulah di r.....o..g..o..l...mesti dah jadi cerita lain.  Bertuah sungguh nasib  mereka berdua.  Kereta bapa mereka di jumpai di Rantau Panjang, Kelantan.

Itulah pasal kalau suami atau akak pergi beli barang kat kedai runcit ataupun isi minyak kami bising suruh anak-anak lock  pintu terutama bila ada Imran dan Ira.  Takut betullah bila jadi benda camni.  Kadang-kadang budak-budak ni degil..tak nak cakap kita.

Dia kata ...ala tak ada orang nak curi keta murah ni...

bila dengar camtu..mulalah kami berdua pot pet..pot pet..

Mak dan ayah tak kisah  harta  benda di curi...tapi nyawa anak-anak yang lebih utama sebab harta benda boleh di cari...jika anak jika hilang..ishhhh di jauhkan dari mala petaka.

Semuga selepas ni kita semua haruslah berhati-hati dan semuga kisah ni akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kelalaian memang membawa padah.  Lepas ni kalau anak-anak kata macam tu lagi...akak celepuk ajer mulut mereka.

16 ulasan:

  1. itulah..kan..nasib anak2 perempuan itu tak di apa2kan .pengajaran .lenkali .jgn tinggalkan anak2 dlm kereta..atau suh anak2 kunci pintu kereta.

    BalasPadam
  2. betul2... lebih baik mencegah sebelum terjadi apa2..

    BalasPadam
  3. Salam Kak Ina...bukan bila tinggal anak2 jer Kak..bila Hubby keluar kita pun kena lock ourself inside jugak!!!Manusia sekarang ni unpredictable..tak tahu apa yg dia org fikir!

    BalasPadam
  4. Meremang bulu roma saya bila dengar kisah nie kat hotFM tadi..kalau terjadi kat anak saya mau tak tentu arah...

    BalasPadam
  5. saya terus berdebar2 dgr berita nih pagi tadik.. kire cam jadik kt diri sdr plak.. eeeii kalau sy mmg meraung la kan.. mmg patut jadik iktibar nih.. seb beik sume selamat.. syukur

    BalasPadam
  6. huhuh...takutnyer kalau jadi mcm gini kat kite / anak2 kite kan kak..nak2 ade anak dara..adoiyaii...mmg setiap saat kena hati2..nasib baik la curi kete je..x di ape2kan budak2 tu..alhamdulillah..

    BalasPadam
  7. lailahaillallah....takutnya saya.... tak boleh lalai langsung di zaman sekarang ni, kan

    BalasPadam
  8. Kena beringat selalu..org jahat ada di mana2..Nice friend..visit mine if u free ekh ;D

    BalasPadam
  9. betul tu. sekarang pencuri ada macam2 jenis.

    BalasPadam
  10. kak ina,

    gi amik award utk akak kat blog sy ye

    BalasPadam
  11. hai kak ina..
    nasib penjahat tu x aper2 kan budak tu yer..kalo x menyesal mak bapak diorg..

    BalasPadam
  12. betul sgt.. harus kunci pintu kat mana2 pun!saya ni jenis paranoid, mmg kunci setiap masa. hehe

    BalasPadam
  13. duit hilang boleh cari ganti..anak ilang??? memang sasaula seumur hidup...

    BalasPadam
  14. bederau darah liza dgr briter nie kat hotfm pagi tadi, mmg sgt menakutkan...alhamdulilah smua selamat, nie peringatan pada smua parents termasuklah liza supaya tak lalai

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...