OOO

Khamis, Ogos 12, 2010

Kerabu Daging Dan Mangga/Lemonade aka Air Lemon

Jangan tenguk kerabu ni kata telan air liur yer..akak yang buat N3 ni pun ashik tertelan air liur bila membayangkan kesedapan kerabu daging mangga muda ni.

Segala bahan sama macam nue nam tok grill @ daging gril pedas ..cuma tambah mangga muda ajer. Resepi asal dari Nor di KT.  Kalau buat ni akak memang tak sabar nak menunggu benda ni sejuk dulu dalam peti sejuk..
Bahan-bahan
Bahan A
  • 250 g daging batang pinang
  • 1 camca besar kicap
  • 1/2 camca teh gula
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Bahan B
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina, diracik
  • Hirisan daun saderi@daun ketumbar
  • Hirisan daun bawang
  • 2 camca besar gula (akak letak 1 sudu besar gula kabung/1 sb gula putih)
  • 2 camca besar sos ikan
  • 2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
  • Hirisan halus cili padi secukupnya @ dried chili flakes
  • 1 biji tomato, dihiris kecil
  • akak tambah 1 biji bawang merah-hiris halus
  • 1 batang cili merah-hiris serong
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan-bahan  A, dan perap 30 minit, kemudian grill hingga masak. Sejukkan dan hiris nipis, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, masukkan daging tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa. 
  3. Taburkan kepingan cili (dried cili flakes).Akak suker masukkan ke dalam peti sejuk sebentar..lagi sedap rasanya.
  4. Hidangkan sebagai pembuka selera. 
 Lemonade
 Senang ajer nak buat lemonade ni..akak ambil sebiji buah lemon..basuh pastu parut sikit kulit dia.Belah 2 dan perah...
sejak Yana belikan benda ni sonang nak perah .  Masukkan 2 sudu gula putih dan air panas sikit ..kacau ..pastu tuang dalam gelas.  Kacau dan letak air batu.  
Ishhh godaan sungguhlah..tenguk gambar pun macam dah terasa di tekak .

15 ulasan:

  1. meleleh tengok kerabu tu kak...hehe :)

    BalasPadam
  2. Ina...kita dah telan airliur ni tau...tak baik...hahaha

    BalasPadam
  3. kak..masakkan kite nak berbuka.hhehe

    BalasPadam
  4. Akak taw tak cmna perasaan menggelegak perut???Ahahaha.... Dalam perut dah menggelegak mcm air panas bila nengok nih..ahahaha

    BalasPadam
  5. hhah...nape kn telan air liur bl tgk ni ek...:-p

    BalasPadam
  6. kak...air lemonade tu pun agak menduga....anak saya kata dia nampak air paip pun rasa macam air sirap

    BalasPadam
  7. bulan2 posa nie, setiap kali melawat blog ni mesti bertambah lapar tengok makanan2 yg terhidang

    BalasPadam
  8. salam kak,
    kerabu daging tu sangatlah mengancam.
    Luckily saya dah buka puasa kat sini, kalau tidak terliur la...
    Bila namapak lemonade akak ni, esok pepagi saya nak pi beli lemon ni...

    BalasPadam
  9. ha...dah berbuka tu...tamat godaan buat hari ni hihi

    BalasPadam
  10. salam ramadhan akak...kiter tergoda ngan menu berbuka aka ni-mengancam tul!! :D

    BalasPadam
  11. Salam..
    kakliza ingin berbicara dengan Kak Ina.. jila ada kelapangan boleh call kakliza.013-9224020

    BalasPadam
  12. Kak!..sue suka minum air lemon..tp part nak perah tu yg leceh..kena carik tuh alat memerah mcm akak tuh..senang keja nanti..

    BalasPadam
  13. nasib baik ler dah buka pose, kalau belum tegugat iman tgk lemonade tu kak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...