Rempah kuzi dah lama beli..tapi tak teringat nak buat. Bila semua anak ada akak pun buatlah lauk ni. Nasib baik anak kata sedap.
Resepi akak ambil dari Fotopages Hanieliza. Terima kasih kak liza.
Bahan-bahan- 1 ekor ayam [potong kecil]
- 1 cawan susu cair
- 2 s/b rempah kuzi
- 5 biji cili merah
- 2 biji tomato buah [belah 4]
- 1 labu bawang besar [belah 4]
- 2 s/b kismis
- 1 cawan sos tomato
- garam
- kunyit
- minyak
Bahan Mesin
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 5 cm halia
- 1 cawan bawang goreng
- 5 biji cili merah
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 sudu besar minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.
Makan dengan nasi hujan panas pun sodap. Resepi kat sini Nasi Hujan Panas

salam kak ina
BalasPadamse;amat hari raya maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa terlepas kata selama berblog dgn kak ina
lain masak kuzi kak ina/kak liza dgn masak kuzi style klate ...kami perap ayam tu dgn zat param bersama garam dan bawang putih aje..tak masuk kunyit nie .. kemudian kami goreng semua bahan iaitu bawang besar, kismis,badam .. yg akan memekatkan kuah tu ... jarang di klate kuzi makan dgn nasi tapi makan dgn roti jala or roti sahaja
tp tu ler lain padang lain belalang kan...
Salam Aidil Fitri Kak Ina
BalasPadamtempat saya hujan lebat
Alhamdulillah
tapi kain banyak
dah 2/3 kali mesen ni
he he
Wassalam