OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak nasi sedap/best/lazat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak nasi sedap/best/lazat. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 08, 2011

Resepi Nasi Ketumbar


Sana sini orang hebuh buat nasi ketumbar.  Akak pun tertarik gak nak buat tapi nak cari daun ketumbar kat kedai umah akak ni payah.  Bila dah jumpa akak buatlah.

Banyak resepi nasi ni mereka tak gunakan bahan penumis.  Bila akak terjumpa resepi kat http://mothercooks.blogspot.com/ akak pun ikut stail dia.  Terima kasih buat beliau.  Resepi asal dari
Q'ien @ MyR.

Bahan-bahan:
  • 3 pot beras basmathi
  • 3 sudu besar mentega - akak guna mentega dan minyak jagung
  • 1 biji bawang merah - dimayang halus (aku letak 4 biji)
  • 1 inci halia - mayang (aku tambah)
  • 3 biji bawang putih - mayang (aku tambah)
  • 3 batang daun ketumbar -diblender halus dan tapis
  • sedikit garam
  • pewarna hijau
  • 1 kiub ayam
Bahan tumis (aku tambah)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 camt lada hitam
  • 5 biji buah pelaga

Bahan hiasan (aku tambah)
  • Bawang goreng
  • Hirisan daun ketumbar
  • Badan panggang
Cara-caranya:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan rempah tumis hingga wangi.
3. Masukkan bawang merah, bawnag putih dan halia dan goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

Khamis, Jun 02, 2011

Gulai Daging (Rempah Cap Bunga Rose)/Nasi Hujan Panas

Ishhhh cuti sekolah pun sibuk gak menghantar anak ke sekolah, jauh pulak tu ke Rawang.  Apa nak buat ada kelas tambahan.  Menci jalan ke Rawang tu selalu jem, sekarang ni tengah buat jalan, lagi lah jem.  Pagi okey ajer tapi bila nak balik kat Tesco dah jem terpaksa pusing ikut highway plus, sampai umah dekat pukul 4.00 petang.  Tak apalah, demi kejayaan anak, sangguplah akak redah tu semua.
Macam-macam versi gulai daging ala terengganu ni yang pernah akak buat.  Ada yang letak gula kabung/melaka dan kerisik.  Kali ni akak tak letak tu semua, akak ikut resepi kat paket rempah Cap Bunga Rose.  Alhamdulliah sedap.

Bahan kisar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 hiris lengkuas
3 hiris kunyit
rasanya orang pantai timur tau rempah ni..akak dulu tak tau..pas member masak memasak bagi akak beli masa jejalan kat Pantai Timur
Bahan-Bahan
2 sudu besar serbuk cili Cap Bunga Rose-akak guna cili kisar
1 sudu besar rempah gulai Chap Bunga Rose
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Rose
1 sudu besar air asam jawa
2 mangkuk santan cair
4 biji lada merah (dibelah 4)
2-4 sudu minyak masak
akak tambah - 5 biji cili padi
1 biji bawang besar-di hiris halus 
2 biji ubi kentang-belah 4 setiap satu

Cara-cara
1.  Tumiskan  hirisan bawang besar kemudian masukkan 2 sudu besar serbuk cili Cap Bunga Ros (cili kisar) dengan 2-4 sudu minyak masak sehingga wangi.
2.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar bersama rempah Cap Bunga Rose, air asam jawa dan garam secukup rasa.
3. Masukkan daging dan gaul sehingga rata, biarkan seketika, setelah kecut masukkan pulak satu cawan air.
4.  Masukkan santan dan didihkan.  Setelah mendidih masukkan lada merah dan garam.
5.  Biarkan seketika kemudian padamkan api.
Makan dengan nasi hujan panas yang tiada warna sebab malas.  Pastu goreng papadum.
Bahan-bahan
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
6 cawan air-
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau dan kuning-akak gunakan warna kuning dan merah- tak letak

Bahan Tumis
1/2 inci halia - hiris halus (akak hiris  lebar)
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Memasak:-
1.  Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
2.  Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
3.  Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
4.  Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
5.  Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. (tak buat pun)  6.  Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata.

Jumaat, Januari 28, 2011

Resepi Nasi Sinar Mentega


Sepatutnya nasi sinar mentega ni warna dia macam nasi hujan panas, oleh sebab tersilap baca kat Majalah Saji bulan November tahun lepas, akak campurkanlah pewarna kuning bersama-sama dengan bahan yang telah di tumis ke dalam beras.

Dahlah lobak merah tu warna oren, kena pulak dengan pewarna kuning makin bertambah berserilah nasi sinar mentega ni. Kalau anak susah nak makan sayur boleh masak nasi ni selalu sebab ada lobak merah yang berkhasiat untuk perkembangan minda kanak-kanak.

Memang sedap tau, rugi kalau tak mencubanya. Cubalah yer nak buat pun bukan susah bebeno pun.

Bahan-bahan
2 ulas bawang merah-dihiris
1 biji bawang merah-dihiris (akak tambah)
1cm halia-di hiris

3 kuntum bunga lawang
1 cm kayu manis
2 biji buah pelaga
3 sudu besar mentega
1 sudu besar stok ayam maggi
1 batang lobak merah - dihiris/di parut
sedikit pewarna kuning
3 cawan beras basmathi (akak guna beras basmathi rebus)
4 1/2 cawan air (jika guna beras biasa, gunakan sukatan macam biasa)
2 helai daun pandan-di siat-siat
air secukupnya
garam secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan mentega hingga cair di dalam kuali/periuk dan tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia sehingga layu.
2. Masukkan pula kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
3. Setelah semuanya layu dan berbau wangi masukkan daun pandan dan masukkan kedalam periuk nasi letrik bersama-sama lobak merah, beras, air, garam dan stok ayam dan gaul rata.
4. Masukkan pewarna kuning dan masak seperti biasa.
5. Bila nasi dah kering kareh dengan menggunakan chopstick (takut beras patah)
6. Sedap di makan bersama-sama ayam masak merah ataupun rendang ayam.

JANGAN LUPA JOIN CONTEST AKAK YER. NAMA PESERTA AKAK LETAK KAT SIDEBAR.

JANGAN LUPA TERJAH http://www.kakinakl.com/2011/01/contest-review-blog-kak-ina-kl-com.html


Selasa, September 14, 2010

Kuzi Ayam Dan Nasi Hujan Panas

Rempah kuzi dah lama beli..tapi tak teringat nak buat.  Bila semua anak ada akak pun buatlah lauk ni.  Nasib baik anak kata sedap.
Resepi akak ambil dari Fotopages Hanieliza.  Terima kasih kak liza.
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam [potong kecil]
  • 1 cawan susu cair
  • 2 s/b rempah kuzi
  • 5 biji cili merah
  • 2 biji tomato buah [belah 4]
  • 1 labu bawang besar [belah 4]
  • 2 s/b kismis
  • 1 cawan sos tomato
  • garam
  • kunyit
  • minyak

Bahan Mesin

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 1 cawan bawang goreng
  • 5 biji cili merah
Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 sudu besar minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.

Makan dengan nasi hujan panas pun sodap. Resepi kat sini Nasi Hujan Panas

Isnin, Ogos 23, 2010

Ayam Masak Merah (Versi Mamiamin)/Nasi Minyak

Dari lepas sahur internet kojol.  Tak leh lah buat apa-apa.  Sekali sekali dia buat hallah..bulan puasa kan..mungkin masalah teknikal ataupun masalah lain.  Kenalah layan baca novel pepagi sampai nak dekat tengahari.

Akak ambil resepi ni dalam myresepi.com.  Rasa dia lain sikit..lebih banyak sambal dan lebih rasa tomato.
Bahan-bahan 
  • 1 ekor ayam - potong kecil dan goreng
  • rempah tumis - 4 sekawan
  • 3 sudu besar cili kering/ cili boh
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1 cawan tomato sos
  • 5 sudu besar madu
  • 5 cm halia - dikisar
  • 6-8 ulas bawang putih - dikisar
  • 10 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 labu bawang besar - dihiris bulat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukupnya
Cara-cara 
1.  Goreng ayam hingga masak tapi jangan sampai garing sangat. Keluarkan dari kuali . 
2.  Dalam kuali yg sama tumiskan rempah ratus dan bahan yg di kisar dgn 1 senduk minyak lebihan goreng ayam tadi. 
3.  Kemudian tambah cili boh dan goreng hingga garing. 
4. Kemudian masukkkan pula tomato puree dan tomato sos gaul hingga sebati. 
5. Masukkan pula madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa garam dan manisnya. 6. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Bila sudah mendidih masukkan pula susu cair. Kecilkan api. Kacau rata. 
7.  Kemudian boleh le masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang besar tadi. 
8.  Biarkan sebentar hingga mendidih atau sampai kuah dan ayam sudah mesra. Boleh ditambah kismis dan daun bawang jika suka. 

Selamat mencuba. Guten apetit ! 
Buat nasi minyak ikut resepi Ah Mat Gebu.  Memang sedap nasi minyak ni bila baru masak.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 pokok daun ketumbar, kerat kasar2
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 inci halia, dititik
  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • 3 helai daun pandan, disimpul
  • 700 ml stok ayam (kalau tak de, guna 700 ml air + 1 kiub ayam "maggi")
  • 300 ml susu cair
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
  • 1/2 cawan kismis-tak letak
BAHAN HIAS :-)

  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng-tak letak
  • Kacang pis=tak letak
  • Kacang gajus yang digoreng-tak letak
CARA MEMBUATNYA :-)
1.  Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Matikan api. 
2.  Tuang beras tadi dalam periuk nasi elektrik. Tambah susu cair, daun ketumbar dan juga stok ayam. Masukkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa. 
3.  Bila nasi kering, tabur kismis dan biar betul-betul tanak. Akak suruh Yana cucuk guna chopstik buat lubang dan masukkan pewarna kuning dan pastu tutup kejap dan baru
4.  Gemburkan nasi menggunakan chop stick (cukup sekadar 3 - 4 kali gembur, kalau banyak kali nanti nasi patah2).  
5.  Hias dengan bahan-bahan tabur.  Tak buat cuma tabur dengan daun sup/daun bawang ajer
Pastu goreng papadum

Selasa, Julai 27, 2010

Nasi Ayam Ipoh Dan Honey Sesame Chicken


Masak nasi ayam ni minggu lepas...akak masak stail nasi ayam ipoh sebab suka sesangat dengan bau yang semerbak masa nasi tengah mendidih. 

Bahan Untuk Nasi:-
  • 4 mug beras-akak guna beras basmati
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

BAHAN SUP AYAM :-)
  • 500 g ayam, dipotong kecil-akak ambil bahagian tulang dan isi sikit buat sup..
  • 1 kiub pati ayam "Maggi"
  • 2 sup bunjut Adabi
  • 1 pokok daun sup, potong kasar
  • 1 1/2 inci halia, dititik
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong berbaji-tak letak
  • 1 biji kentang besar, didadu besar-tak letak
  • 2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2-tak letak
  • 1 camca teh lada serbuk lada hitam
  • Air secukupnnya (anggaran 3.5 liter)
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK SUP AYAM :- Dalam periuk, masukkan ayam, air dan bahan2 lain, kecuali sayur-sayuran dan serbuk lada hitam. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih 25 - 30 minit. Asingkan 1 liter sup ayam (untuk masak nasi). Kemudian, masukkan sayur2ran dan serbuk lada hitam. Biar hingga sayur masak dan tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa dan matikan api.
 
HONEY SESAME CHICKEN
Bahan-bahan
  • 2 keping dada@peha ayam boneless
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • 1 inci halia - parut
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • garam
  • bijan sangai secukupnyer - utk tabur
Cara-cara
  • Perap ayam dengan semua bahan kecuali bijan sangai selama 1-2jam atau semalaman.
  • Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat.
  • Hidangkan dengan menaburkan bijan yg telah di sangai. 
  • Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.
 Cili sos campur air panas dan kicap campur dengan kuah sup...malas punya pasal.

Jumaat, Julai 23, 2010

Nasi Lemak, Sambal Tumis Udang dan Ayam Goreng Tandoori

 
Nasi lemak masa akak tengah rajin nak buat..kadang-kadang beli sebab balik dari pasar tani penat sangat.  Senang sebab boleh pilih lauk apa yang anak-anak suka.   Bila tak gi ke pasar, baru boleh buat.

Nak bagi suami dan anak-anak makan sedap sikit akak buatlah sambal udang dan goreng ayam tandoori. Dah makan nasi lemak bolehlah akak merayap gi ke mana-mana pasal tengahari tak yah masak cuma buat minum petang.  Kalau rajin buatlah roti ker..bubur ker..tapi kalau malas suruh ajer anak beli goreng pisang, sukun dan keledek RM5.00 (pasal mak dia penat merayap)

Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmathi (beras biasa pun boleh)
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak lemak lagi tambahlah lagi santan pekat tu)
  • 4 cawan air-ataupun ikut paras beras..kalau guna beras biasa
  • 5 biji bawang merah-hiris halus
  • 4  helai daun pandan-di siat-siat dan di simpul
  • 1-1 1/2  inci halia-hiris
  • 1 batang serai dititik
  • garam secukupnya
Cara memasak

1. Basuh beras.  Masukkan semua dan masak nasi macam biasa.
2. Kacau sekali sekala.
3. Bila dah kering, gembur nasi dengan chopstick.  Biarkan lagi.
4. Masak sehingga kering.
 Untuk resepi Ayam Tandoori  KLIK SINI
Bahan-bahan
  • 500 gm udang - buang kulit
  • 6-8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • garam secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.


p/s rebuslah telur 4 biji dan goreng ikan bilis sikit.  Kacang tanah kalau goreng tak laku. Kalau letak timun lagilah anak-anak dan hb tak doyan...(tak layan)
 

Selasa, Julai 20, 2010

Nasi Aswan


 Akak masak nasi sedap (suami yang kata) ikut angin akaklah.  Kalau rajin akak buat seminggu sampai 3 kali.  Kalau virus M banyak..akak tak buat langsung dalam seminggu.  Akak kan punya kuasa veto.  Apa yang akak masak mereka tak boleh bising.  Sebab garenti akak masak memang sedap punyer...(perahsantan)

Yana yang  kata ...sedap nasi ni...mungkin sebab dah lama tak makan masakan mak dia kot. Okeylah kalau dia puji.  Macam biasa resepi ni ambil dari blog member blog.  Susah nak percaya resepi dalam majallah.  Seriklah.  Kali ni akak ambil dari blog Ummi dan resepi asal dari blog Aidah.  Akak masak setengah dari resepi ni.  Tq yer.

NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili)
Sumber : Aidah

Bahan-Bahan:
  • 1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)
  • Air mengikut paras beras 
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka 
  • 5 biji bawang besar - potong dadu 
  • 8 ulas bwg putih - dicincang 
  • 2 jari halia muda - dihiris 
  • 10 biji tomato segar - dipotong dadu 
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 10 biji buah pelaga -dipecahkan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 cm kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk lada putih 
  • 1 cawan minyak conola -akak guna butter+minyak jagung
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar 
  • 1/2 cawan daun pudina 
  • garam secukup rasa
Bahan hiasan untuk ditabur:
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 caw hirisan badam goreng-tak letak tak ada stok
  • 1/2 caw gajus goreng (*akak x letak pun)
 akak makan bersama ayam panggang maghribi
Cara-Cara:-
  1. Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
  2. Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
  3. Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
  4. Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat).
  5. Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
  6. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
  7. Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
  8. Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
  9. Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.

    p/s..akak masukkan semua ayam bersama rempah dalam nasi..tapi air kena kurangkan sikit tau.  Nak makan baru keluarkan ayam tu.  Anak kata sedap lagi ayam dalam nasi aswan ni dari ayam panggang maghribi. 

Isnin, April 26, 2010

Nasi Carrot

Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmati
  • 6 cawan air
  • 1 batang lobak merah-sagat kasar
  • 1 biji bawang besar-hiris tipis
  • 2 biji bawang putih-hiris tipis
  • 2 helai daun pandan-siatkan dan simpul
  • sedikit garam.
  • sedikit minyak sapi/mentega/jagung

Bahan tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan. Masukkan lobak yang telah di sagat bersama 6 cawan air.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis dan masukkan bawang besar, bawang putih bersama daun pandan dan tumis hingga layu.
3. Masukkan ke dalam periuk berisi beras..masukkan garam dan masak nasi seperti biasa.
4. Setelah nasi masak..kacau nasi dengan chopstick perlahan-lahan.

Akak makan nasi carrot dengan ayam masak manis mak jah..
Pastu buat pulak ayam goreng tandori
Dah selalu buat dah..anak-anak pun suker...mak dia lagi suker..suker masak ek..resepi asal dari Puan Hanieliza.

Bahan
  • 1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 paket rempah tandoori MAGGI
  • 3 s/b cili mesin
  • 1 s/b serbuk kunyit
  • 5 s/b tepung goreng ayam
  • 3 ulas bawang merah ]
  • 2 ulas bawang putih ] mesin halus
  • 2 inci halia ]
  • garam
  • akak tambah..3 tangkai daun kari
Cara

1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam. Lagi lama lagi sedap tau.
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing dan masukkan setangkai daun kari setiap kali goreng.

Khamis, September 10, 2009

Resepi Nasi Pilaf


Resepi asal dari rumah Nis kat Singapore tu...tapi akak ambil dari rumah chef ah mat gebu...first time cuba terus jadi..alhamdulliah...akak c & p aje dari umah chef ah mat gebu...thank you cik mat...

Bahan-Bahannya:-
1 kg beras Basmathi, rendam 30 minit dan toskan
200 g mentega berkualiti tinggi (SCS atau Golden Churn)-akak guna mentega anchor

1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disimpul
2 biji bawang besar, cincang halus
1 inci halia, diketuk (resipi asal tak letak)
1/2 cawan kismis kuning-tak letak
Sedikit garam
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar (mat tak letak)
1/2 cawan bawang goreng
Air secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan mentega dalam periuk hingga cair. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan hingga wangi. Masukkan bawang besar cincang dan halia. Goreng hingga layu. Masukkan beras dan goreng beras dengan bahan2 lain. Gaul perlahan2 untuk mengelakkan beras patah2.
  2. Kemudian, alihkan bahan2 tadi ke dalam periuk nasi elektrik, tuang air secukupnya (mat guna anggaran 1 nisbah 1.3...contohnya kalau beras 1 cawan, air dia 1 1/3 cawan) dan masukkan garam, gaul rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, taburkan kismis dan semua jenis daun2 dan bawang goreng. Biar nasi tanak betul. Gaul perlahan menggunakan chop stick untuk mengelakkan nasi patah2. Hidang bersama lauk kegemeran masing2..

Goreng pulak papadum...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...