OOO

Selasa, September 21, 2010

Resepi Rendang Ayam Ala Minang

gambar asal dah hilang..tepek gambar yang ni
Masa tengah lepak selepas masak rendang di kampung suami..akak lepak sambil layan cerita kat TV3. Ada pulak panggilan dari Kelantan..kawan Yana nak tau resepi buat rendang sebab nenek dia nak makan.

Selalunya kat pantai timur apalah mereka masak untuk raya. Boleh tolong bagitau tak?

Alahai macamlah akak ni terror sangat. Akak suruh kawan Yana buka blog akak..senang nak refer kat situ. Dia kata...

Ala auntie kat kampung mana ada line...tergelak akak dibuatnya.

Akak pun bagitau bahan-bahan macam kat bawah ni. Alhamdulliah jadi dan akak gembira bila family dia kata sedap.

Rendang ni akak masak untuk Yana bawa ke sana..bukan semua tapi separuh ajer.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-potong 12-16 (akak guna ayam kampung..kalau ayam pencen aka ayam tua pun sodap ni..kalau daging-potong kiub yer..jangan besar..jgn kecik sgt.)
  • 20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#+
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 6 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1kg santan kelapa
  • 2 cawan air
  • 4 sudu makan kerisik
  • sedikit minyak
  • garam dan sedikit air asam jawa
  • nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9. Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

8 ulasan:

  1. nenek saya kg kelate msk ketupat palas cicah air gula melaka.mcm kuih lopes

    gulai,ayam percik putih

    tapi saya dah lame xblk

    BalasPadam
  2. hhmmm, sedapnya, saya suka rendang, tapi malas nak masak, oops! :)

    kak ina, salam lebaran :D

    BalasPadam
  3. salam kak ina..
    nie oghe kelate nak jawab..hiihiii..org kelate x der rendang(rasenya lah)..kami ade kerutup, kuzi, gulai..kalu hari raya biasenya,,nasi dagang dgn ikan tongkol, gulai ayam, teresek udang..(ikut daerah jg), nasi minyak,laksa kelate, satay, nasi impit..tuh yg kebiasaanyalah..(maaf jika salah info)..then kalau nak buat masakan yg kuah pekat..biasanya kerutuplah gulai buku besar(time kenduri jer ader)..

    BalasPadam
  4. chemp cm nak sambung..kita oghe kelate takde rendang pada asalnya tp sekarang kalu ada pun sebab ramai yang dok luar kelate balik...impot resepi gitew:)..selalunya mak cm ada sambal daging(ganti rendang) ....hehe selamat hari raya ina...masih syawal lagi ni.

    BalasPadam
  5. kalo kt besut, biasa time raya ada sate, nasi minyak, macaroni goreng/bakar, ketupat, rendang..eh..mcm2 gak ada kot..

    BalasPadam
  6. betul tu chemp & cikmanggis...pagi raya sy makan nasik dagang gulai ikan tongkol & udang...pas tu buat nasik minyak...nasib baik gi umah member dapat makan rendang ayam...kt sana mmg klu org wat rendang tu gerenti pernah dok luar..resepi orang luar kelate la...kuzi tu wajib kakak sy buat makan ngan roti...tiap kali raya...

    BalasPadam
  7. emm.. Cm best je. Nk trY la

    BalasPadam
  8. kerutup daging lebih kurang rendang gak kak.. kat klate mmg ummp daging kerutup.. klu kak blom cuba try lah... he he he.. sgt mudah dan sedap

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...