Kesian jiran akak. Rumah dia di masuki pencuri pada masa beliau pergi bersembahyang tarawikh di surau. Dahlah nak raya..musibah melanda pulak kepada beliau.
Nak tau berapa RM dia hilang...... RM25,000.00 tau..dan juga barang kemas termasuk peninggalan arwah mak beliau...biar betul akak ni..dia bersumpah memang duit dia banyak tu dan di sahkan oleh adik beradik beliau yang tinggal berhampiran.
Terperanjat kami mendengarnya bila beliau bagitau dia simpan duit dalam rumah sebab tak pandai nak masukkan ke dalam bank. Berani kan dia buat macam tu. Mungkin beliau tidak berpelajaran tinggi ....lepas tu cuma duduk kat rumah ajer..main-main dengan anak jagaan...jarang keluar shopping...jadi fikiran tak terbuka luas. Tu pendapat akak lah yer...
Tapi apa nak hairan sebab orang perempuan Minang memang pandai simpan duit.
Penat beliau kumpul bertahun-tahun tapi orang lain boleh songlap macam tu ajer. Beliau seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengan anak akak. Pekerjaan beliau cuma menjaga anak jiran tetangga.
Terperanjat kami mendengarnya bila beliau bagitau dia simpan duit dalam rumah sebab tak pandai nak masukkan ke dalam bank. Berani kan dia buat macam tu. Mungkin beliau tidak berpelajaran tinggi ....lepas tu cuma duduk kat rumah ajer..main-main dengan anak jagaan...jarang keluar shopping...jadi fikiran tak terbuka luas. Tu pendapat akak lah yer...
Tapi apa nak hairan sebab orang perempuan Minang memang pandai simpan duit.
Penat beliau kumpul bertahun-tahun tapi orang lain boleh songlap macam tu ajer. Beliau seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengan anak akak. Pekerjaan beliau cuma menjaga anak jiran tetangga.
Tabiat jiran akak yang tak boleh di ikut ialah beliau letak kunci di bawah pasu bila keluar dari rumah. Pencuri tu seolah-olah tau kat mana beliau simpan kunci rumah dan terus ajer masuk ke dalam rumah....pastu seolah-olah tau di mana akak ni simpan duit dan barang kemas tu. Rumah langsung tak berselerak. Pencuri terus ke almari pakaian ambil dan terus menghilangkan diri dengan kunci rumah.
Pihak polis ada datang ke tempat kejadian. Tak tahulah mereka jumpa ataupun tidak sebarang chop jari kat rumah beliau. Akak pun tak berani nak tuduh orang indonesia ataupun orang tempatan yang jadi dalang.
Nasihat akak yer...kalau ada duit tu baiklah simpan dalam bank dan kalau boleh barang kemas tu tak payahlah show sangat kat orang. Sekarang ni banyak ajer mata-mata yang memandang dan mengambil kesempatan nak masuk ke dalam rumah...al maklumlah masing-masing nak guna banyak duit sempena hari raya ni. Berhati-hatilah.
Salam kak ina KL..
BalasPadamTurut bersimpai dgn jiran akak tu, hmm kenapa boleh simpan duit byk kat rumah, kan bahaya..Lagi satu pasal brg kemas, betul kata akak, jgn lah pakai sehendak2 hati, bahayaaa...cukup lah ala kadar saja..lagi nampak sweet, selamat hari raya pada kak ina KL, kalau turun JB singgah lah rumah yeaa..
Eh.. pening2.. apsal dia tak tau simpan dalam bank ??? Bukan susah.. buat akaun lepas tu setella.. tak sangka org KL pun ada yg camtu.. ingatkan nenek2 kat kampung je.. alahai.. nak buat camne.. tapi kesianlah duit RM25 K bukan sikit2 tu.. penat lelah yg bukan satu dua tahun keje..
BalasPadamlagi satu letak kunci kat pasu tu pun pening gak.. alahai. nak buat camne. dah terkena kan/
adoi..
aduhaiii... banyakkkk tuuu
BalasPadamberapa tahun ntah dia simpan 25k tu
senang2 jer pencurik tu songlap
ish ish.. biadap tul
biar perut dia meletup makan hasil curi tu
salam kak ina...musim2 prayaan ni kena berjaga2 kan kak...lagi org nk menunjuk lagi bnyk penyamun yg menengok...
BalasPadam*saffron hr tu, makcik yg bagi dia balik dr riyadh...itupun powder..nnti klu yana balik india leh kirim kat dia..sbg ganti mungkin leh guna tumeric...yg ni ada dlm mustard..dan letak rosewater sikit..*bila nak bt ni kak..sy nak tumpang sekaki :))
ish nak raya jdi mcm tu plak..rumah kami pun penah msuk pncuri rya haji thun lepas, abis besepah ,laptop, harddisk ngan tv kena angkut.. bayangkn grail tingkap bole dicabut.. minta2 le pencuri tu dpt balasan teruk ..
BalasPadamk ina, kesiannyer...liza kena tahun 2007 masa raya, pegi beraya kejap je, balik rumah dah berselerak truk. laptop dgn komputer hilang, duit raya anak pun dia sapu
BalasPadamwhoaaa.... banyak gak tue... nampaknya kita kena sentiasa aware pasal keadaan sekeliling umah kita
BalasPadamkesian jiran kak ina tu...mesti ada orang tau duit dia kat mana..tp mmg ada org simpan duit kt rumah mcam tu byk2...lebih drpd tu pun ada tp pakai safety box la...selamat jugak
BalasPadamsalam kak..
BalasPadamni sama pengalaman saya pada buln april tahun ni..saya kuar kejap je amik anak kt skolah..org pecah msuk umah..laptop + brodben + cincin abis hilang..
yang saya bersyukur..duit2 sejanggut udang..xdijumpai sb penjahat mybe fkir saya kuar kejap amik anak..jd penjahat amik yg nmpk dpn mata aje...
saya trauma kak smpai sekarang..asal hubby outstation je..trauma akn dtg..
ni nak pulang kg raya..lgi lah takut..insyaAllah..selain umah penuh grill..kene pagar ngan ayat al-Quran jgk..mohon segalanya selamat..
sala kak,
BalasPadamsaya setuju dgn pendapat akak
semoga jiran akak tabah
Salam kak.
BalasPadamMungkin ada orang dah tau dia simpan duit banyak. kesiannya. harap jangan jadi dengan kita kan.
salam kak....
BalasPadamsimpati dengan apa yg berlaku...
semoga jiran akak tu tabah...
Memang kesian....tapi pelikkan kenapa lah adik beradik dia tak tolong dia simpankan kat dalam bank...orang yang ambil tu macam dah lama perhatikan jiran kak Ina sebab dia dah tau mana nak pegi...
BalasPadammak aih
BalasPadamden hilang RM50 pun dah boleh sakit kepala
nih hilang sampai 25 ribu
banyak tu
haih
tu la
cuba lah belajar simpan dekat bank
pengajaran untuk kita semua
P/S : Aku Maluuu
Kesian jiran ina. Arwah jiran akak pun camtu..simpan duit bawah tikar getah..bawah tilam. ASB dah penuh.Alhamdhulillah selamat pulak.Bila dia dah meninggal..anak renovet rmh.orang indon sampai takut..jumpa duit bawah tikar getah beribu2 RM..
BalasPadamtolong laa simpan kt bank. ni mesti ada org tahu ni
BalasPadamSalam kak, simpati dengan nasib jiran akak, takut pulakkan..rasanya org tu mesti dh perati kot..hiks minta di jauhkan dari kita!
BalasPadamwww.yanmieonline.com