OOO

Selasa, Oktober 26, 2010

Mak apa maksud nasi lemak 50 sen.......

Dek kerana iklan cerita cuti-cuti cinta ni Imran tanya lagi soalan yang susah nak jawab.  Kan dalam iklan filem ni  ada kata...

nasi lemak 50 sen (sambil tunjuk kat dada pelakon Nora Danish)

Malam Isnin , akak tenguklah TV3, keluarlah iklan tu..

Bila habis ajer dialog tu..dia tanya..

Mak apa benda nasi lemak 50 sen tu..

Terkedu akak nak jawab, alamak camner ek nak jawab ni..

Walaupun Imran dah sekolah darjah 3, kita tak boleh tipu anak baya ni.  Sebab kanak-kanak sekarang memang advanced dan cara pemikiran mereka tak sama macam kita dulu.  Kalau kita rahsiakan ataupun coverline, tentu kat sekolah atau bila bermain ada kawan-kawan lain, ada yang bagi maksud yang salah.  Satu hari  nanti dia  akan tau juga.  Baik akak berterus terang .

Akak pun katalah macam ni dengan senyum simpul, suami dan Firdaus ada pulak tu..

Oooo tu kan xxxx dia.

Kenapa pulak panggil nasi lemak 50 sen?

Sebab xxx tu kecik kot.  Nasib baik dia diam.

Firdaus dan suami akak gelak terbahak-bahak.  

Dibuatnya dia kata camni.. 

kalau xxxx tu besar berapa sen pulak?

Ha...sape nak jawab, takkan nak kata,

tu nasi lemak berlauk harga RM3.00.

Tulah pengarah filem ni agak-agaklah nak keluarkan perkataan tersebut  dalam tv.  Budak sekarang bukan macam budak dulu, kalau mencarut sikit ajer kena cili mulut dek mak.  Macam akak dululah, mak selalu ugut...


Sape mencarut mak cili dengan cili api.

Patutlah Gayah Gebu dalam Harian Metro pun  mengamuk sakan, sebab anak perempuan dia pun tanya soalan yang sama.  Orang mudalah memanglah  seronok bila ayat tu di gunakan dan keluar banyak kali dalam tv.  Sebab mereka kata tu lawak berahi.

Tak tahu ker kalau mereka guna ayat tu nanti, samalah macam mereka persendakan ibu, kakak, adik perempuan, makcik, isteri dan kerabat mereka.

Pengarah ni pun satu, lawak lucah macam ni kan tak sesuai  di tunjuk kat tv, kat pawagam lainlah.  Bila kanak-kanak dan remaja tenguk iklan ni mestilah mereka nak tau apakah maksud nasi lemak 50 sen tu.  Nasib tak baik mereka ajak pulak gi ke panggung.

Jelaslah  ayat tersebut merendahkan  martabat kaum wanita.. dan dah tentu selepas ni ramai kaum lelaki menggunakan perkataan ni terhadap xxxxx wanita.  Sape yang malu..kami kaum wanita juga yang malu.  Sabar ajerlah.

p/s  Jangan nanti orang lelaki ingat xxxxx berharga semurah itu ?  Agaknya nasi lemak isteri pengarah tu harga dia 50 sen tak?

 Daydeck ooooo daydeck..mana tiket free cerita ni?  Akak dah tak sabar nak tenguk ni?  Nak tenguk best ataupun idak?

29 ulasan:

  1. hohoohoo.. panas isu ni..
    patut kena ada senstiviti masyarakat sama kan.. finas kena main peranan.

    BalasPadam
  2. kahkahkah...ayat last tu tak menahan betul lah...

    anak2 min pun semua tanya..sampai semalam masa kat wangsa walk..diorang ajak min tengok wayang tu..adoiiii...nasib baik show lambat..abahnya tak mahu tunggu.. :P

    BalasPadam
  3. wowowow.. Panas... Tapi ada pengajaran dalam filem tuh :)

    BalasPadam
  4. isu panas ni..x berani nak jawab...

    BalasPadam
  5. hehe.. kelakar. tapi tak patut dia letak dlm tv iklan tu, nak tarik perhatian org amik la cara lain :-)

    <a herf="http://suliana-mylittlesunshine.blogspot.com/2010/10/hari-yang-bersemangat.html

    BalasPadam
  6. nak nasik lemak 5 ringgit, ayam goreng sama sambal sotong

    BalasPadam
  7. sekarang ni mmg byk pengarah yg suka guna dialog lucah. katanya biasa2 aje tp merosak minda anak2 kecik.

    dgr khabar si nora ni penah buat treatment besarkan skit breast dia kat KPJ.

    BalasPadam
  8. memang sgtlah xsesuai letak slot tu dlm iklan..tiap2 sye dgr pun naik menyampah

    BalasPadam
  9. sangat tak sesuai...mungkin da sampai masa kita org dewasa belajar ilmu nak jawap soalan 'killer' camni dengan pakar psikologi kanak2.hohoho

    BalasPadam
  10. betul lah kak ina..xsesuai..xyah lah part tu dlm iklan kan..kalau dlm panggung lainlaa..xde la berulang2..ni kalau dh ulang2, mmg la budak pun akan pikir..apekebendenye nasik lemak 50sen tu???

    BalasPadam
  11. Muahaha... Saya Ada RM1... Nak Beli Ape Eh...????

    BalasPadam
  12. mmg btul tu.pengarah ni sedikit cetek ilmu utk mendidik.sesuka ati dia jer .satu lagi tu penulis skrip pun sama jugak.memang cetek ilmu! geram jugak ni

    BalasPadam
  13. betul tu buat filem yang menjuruskan pada maksiat....

    BalasPadam
  14. Salam kak ina,
    adus.. part tu tersiar dalam iklan, kak? saya ni dah lama tak tgok tv.. tak tau. budak2 skrg mudah terikut bab iklan2 ni, walaupun tak tau. nasib baik dia tanya kita, kan? hihihi..

    BalasPadam
  15. publisiti murahan..saje nk lariskan filem. dont like..huhuhu

    BalasPadam
  16. ya sokong...walaupun ia agak lawak...tp budak kecil fikir apa pulak..nanti lama2 jd bahan yang x bermoral je. sepatutnya kena tapis dulu

    BalasPadam
  17. edisi x puas hati: sewanang2nya benda makan dijadikan bahan lawak lucasssss

    BalasPadam
  18. tulah pasal kan?.. konon nak bg lebey lawak.. tp langsung x pk sensitiviti masyarakat.. pakai taramm jer..

    hish.. macam2..

    BalasPadam
  19. hmmmm.... babak sebegitu sebenarnya nak menarik perhatian remaja untuk pegi tengok.... manipulasi adalah sebahagian daripada strategi pemasaran....

    BalasPadam
  20. a;ahkan..tak fikir yang tv tue semua orang tgk..sensored tu

    BalasPadam
  21. salam,

    kak Ina, saya pun tak setuju, bagi saya ia merendahkan martabat wanita. Pengarah tu patut menghormati wanita yang juga isterinya, ibunya, sedara maranya dll..

    BalasPadam
  22. tu ler..xsesuai....jgn lah hakis adab timur utk keutungan semata2

    BalasPadam
  23. salam kak ina...
    nasib baik anak2 teruna saya tidak pernah bertanya pasal kenyataan yg itu. cuma si Ayong jer yang tersenyum2.... hubby pun tersengih2 gak...

    BalasPadam
  24. salam kak...mmg x suka lawak 'bodoh' cm tu...

    BalasPadam
  25. aduii..kak...mmg payah kan kalau dah ada anak ni..skang ni baru terasa susahnya jadi mak.nk terangkan satu2 benda tu.apalaa soklan anak kt saya pulak nnti..isk..

    BalasPadam
  26. rasanya pengarah tu cukup pandai dan terpelajar dah tentang isu-isu camni,bagi aku tak terasa lawak pun dgn ayat tu,memalukan lagi adalah..

    BalasPadam
  27. x elok dialog ni. sungguh tak sopan kurang adab tatasusila :(

    BalasPadam
  28. erkkk!! tgh tkot gak ni.. tkot klu tetiba anak lelaki kita plk tnye soklan yg same erkkk!!

    ibu2 bapak2 tulun akuuu..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...