Al Fatihah buat Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi yang merupakan junior Yana yang meninggal dunia di sebabkan kemalangan motosikal. Semuga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Simpati kepada ibubapa dan keluarga tercinta kerana mereka mengharapkan agar anak pulang dengan kejayaan tapi takdir menentukan cuma jasadnya ajer yang selamat kembali ke tanahair tercinta. Semuga mereka bersabar di atas dugaan dari Allah swt ini.

Berhati-hatilah anak-anakku di sana. Akak memang risau bila Yana naik skuter tu.
Cara pemanduan, jalan, sikap dan gaya mereka tidak sama dengan orang di Malaysia.
Semuga pelajar-pelajar yang disana selamat pergi dan selamat kembali di sini.
Cara pemanduan, jalan, sikap dan gaya mereka tidak sama dengan orang di Malaysia.
Semuga pelajar-pelajar yang disana selamat pergi dan selamat kembali di sini.
Berita Penuh
CHENNAI: Impian Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi untuk menjadi seorang doktor berkecai apabila beliau terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Selatan India, petang Khamis lalu.
Kemalangan itu berlaku apabila Akmal, pelajar tahun pertama di JJM Medical College di Davangere, di negeri Karnataka, sedang membonceng motosikal yang ditunggang seorang pelajar.
Rakannya cuba mengelak beca bermotor lalu hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam longkang.
Akmal cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia pada hari yang sama di sebuah hospital tempatan. Rakannya terselamat.
Pelajar tajaan Mara berumur 19 tahun itu tiba di India untuk melanjutkan pengajian perubatan September lalu.
Konsul Jeneral Malaysia Anuar Kasman berkata, jenazah pelajar itu diterbangkan dari Bangalore ke Lapangan Terbang antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.
Majlis pengebumian akan diadakan di Kuala Kedah.
Davangere terletak kira-kira 260 km dari Bangalore.
Sumber : BERNAMA
Panggilan terakhir anak-sumber Berita Minggu 14hb. November 20.11.2010.
Sungai Petani:
"Saya tidak sangka panggilan telefon daripada Akmal dua hari sebelum kejadian adalah yang terakhir sebelum dia pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya" kata Pengarah Kesihatan Kedah, Marzhuki Md Isa berhubung anak lelakinya, pelajar tahun pertama Kolej Perubatan Davangere JJM Karnataka, India yang maut dalam kemalangan jalan raya di Selatan India, Khamis minggu lalu.
Beliau berkata, mangsa, Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi (Akhmal),20 menghubungi ibunya dan seperti biasa riang bercerita mengenai kehidupan di India sejak berada di negara itu dua bulan lalu selain melahairkan rasa rindu dengan masakan Malaysia.

saya pun ada anak sedara yang belaajr di india, moga selamat.....
BalasPadamBlog Tinta Comellote
memang bahaya kat sana. sebelum nie pun dah ada kes pasal terlanggar makcik tua kemudia makcik tersebut meninggal dunia. tak tahu macam mana kes budak tu sekrang. itu hari katanya keluarga makcik tersbut mintak pampasan kaw2 punya. ada anak saudara sorang belajar kat sana gak dalam jurusan perubatan
BalasPadamsalam aidil adha utk kak ina KL....
BalasPadamAl-fatihah utk arwah dan takziah utk keluarga mereka...
al fatihah~
BalasPadamsemoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman..
AL-FATHAH untuk arwah...
BalasPadamSalam AidilAdha kak ina.. :)
al fatihah utk arwah..
BalasPadamAllah lebih menyayangi.
BalasPadamTakziah untuk keluarga beliau.
BalasPadamhelmet tak penting ke kat sana?
alaahaaaiii.. dah nak raya korban.. malang memang tak berbau..
BalasPadamAl-fatihah.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. ameeennn
salam aidiladha buat Kak Ina KL..ALFATIHAH buat arwah...
BalasPadamkak..moga yana selamat sampai abis blaja..mmg risau kan..di msia pun risau..kat sana depa pandu ikut suka ati je kan..
BalasPadaminnalillahi wainna ilahi raaji'uun.
BalasPadamsemoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.
Al-Fatihah dan takziah buat ahli keluarga.. hilang lagi seorang yang bakal berkhidmat kepada kita semua
BalasPadamsalm aidiladha ina..
BalasPadamalfatihah buat yang telah pergi dan takziah untuk keluarganya..
semoga yana selamat,,menamatkan pelajarannya disana..dan selamat kembali ke tanah air..betul kata ina.berhai hati lah anak2 disana..
kitorang ktt pun sayu bila dengar berita tu :( senior mara saya.
BalasPadamsalam takziah buat keluarga dan al fatihah buat arwah....
BalasPadamselamat hari raya aidil adha kak...
aduhaii
BalasPadamalFatihah utk allahyarham
semoga keluarga arwah dapat dipermudahkan urusan hari2 mendatang.....
BalasPadamsaya pun doakan semoga Allah memelihara anak akak kat sana... pulanglah dengan kejayaan
BalasPadamalfatihah buat arwah...
BalasPadaminsyaallah, anak akak balik dengan ijazah :)
salam takziah buat keluarga adik Akmal..
BalasPadamkakyong[dot]com
Al-Fatihah
BalasPadamal-fatihah
BalasPadambkn calang2 gaks bapak dier yer? al-fatihah... sy pon doakan yana selamat g n selamat kembali ngan kejayaan... amin3!!
BalasPadam